[VIDEO] Viral bapa tunggal jaga 3 anak OKU, Sultan Kelantan mencemar duli turun menziarah

Kisah seorang bapa tunggal yang menjaga tiga anak Orang Kurang Upaya (OKU) pernah tular di laman media sosial sebelum ini. Isterinya pula telah meninggal dunia kerana menderita penyakit kanser payudara.
Terbaru, Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V mencemar duli bagi menziarahi kediaman Mohd Zain Abdullah, bapa kepada kanak-kanak tersebut di Kampung Kok Keli, Tumpat pada petang semalam.
Tuanku berkenan mengurniakan sumbangan peribadi dan juga sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Tuanku pandu sendiri ke lokasi

Posting tersebut  menerima sebanyak lebih 2,300 tanda suka dan pelbagai komen netizen yang rata-rata memuji sifat Tuanku yang prihatin dan berjiwa rakyat.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku!

Duduk atas karpet je, terbaik!

Sultan yang berjiwa rakyat

Video Tular


Sumber: Unit Media Negeri Kelantan, OMM, Cardy

Post a Comment

0 Comments