[VIDEO] Sejuta Tontonan, Aksi ‘Tackle Berguling’ Harimau Malaya Viral Hingga Luar Negara


Kemenangan 2-1 Harimau Malaya ‘membaham’ skuad Gajah Perang dalam  perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, ternyata mendapat pujian ramai rakyat Malaysia yang sememangnya berbangga atas pencapaian tersebut.
Manakan tidak, Thailand yang mengungguli Kumpulan G dengan rekod tanpa kalah sebelum ini, merupakan lawan yang hebat kerana berada jauh di hadapan dalam kedudukan ke-109 ranking dunia berbanding Malaysia di ranking ke-158.
Aksi dan skill yang ditunjukkan oleh barisan pemain Harimau Malaya begitu memberangsangkan selain semangat juang yang tinggi biarpun sebelum itu kita sudah ketinggalan 1-0 di belakang.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai selain jaringan gol ialah aksi ‘the rolling tackle’ yang dilakukan oleh ketua pasukan Harimau Malaya malam tadi.
Sedutan aksi tesebut menjadi tular hingga ke luar negara dan meraih sejuta tontonan, hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik seperti yang dilihat di dalam perkongsian page ‘Troll Football Media’.

Jatuh terlebih dahulu tapi bangkit dengan ‘tackle’ bergaya


Rata-rata netizen Malaysia dilihat mula membanjiri ruangan komen di page berkenaan. Ramai nampaknya yang terhibur dengan aksi yang jarang-jarang berlaku itu.

Masuk sampai sini

Ramainya melayu

Page luar pun tengok Malaysia main

Banyak kali aku ulang

Video tersebut sebenarnya telah dimuat naik terlebih dahulu oleh seorang rakyat Malaysia, Muhammad Haziq, melalui laman twitternya pada malam tadi.
Pemuda itu sempat merakamkan momen yang mencuit hati ramai itu ketika menonton rakaman perlawanan itu secara langsung di kaca televisyen. 

Sumber : Troll Football Media/Muhammad Haziq 

Post a Comment

0 Comments