[VIDEO] Momen Pengadil Layang Kad Kuning Kepada Pembantu Perubatan Bikin Netizen Terhibur


Dalam mana-mana perlawanan bola sepak, ia adalah perkara biasa jika pengadil perlawanan melayangkan kad kuning atau merah kepada para pemain. Namun, jarang sekali kita dengar dan lihat kad itu dikenakan terhadap mereka yang tidak beraksi di atas padang seperti petugas perubatan.
Semalam viral di media sosial apabila pengadil bagi perlawanan bola sepak Malaysia menentang Thailand melayangkan kad kuning kepada seorang petugas perubatan dari negara kita sehingga mendapat perhatian netizen.


Kan dah kena kad kuning

Video berdurasi 0:42 saat yang dikongsikan di laman Twitter Vocket fc itu memaparkan situasi di mana petugas perubatan dari negara kita cuba membantu pemain yang sedang dalam kecederaan.
Namun, pengadil perlawanan tersebut dilihat mungkin kurang senang dengan keberadaan pembantu perubatan tersebut yang dianggap terlalu lama di tengah padang sehingga mengganggu perlawanan.
Bahkan apa yang melucukan, pengadil itu kemudiannya bertindak melayangkan kad kuning kepada pembantu perubatan tersebut selepas beberapa kali dilihat cuba mengarahkan individu itu untuk segera keluar dari padang.

Netizen terhibur


Momen ‘rare’ yang berlaku pada perlawanan kelayakan ke pusingan akhir AFC U19 2020 itu ternyata telah membuatkan netizen berasa terhibur sehingga mengeluarkan banyak komen lucu di laman Twitter tersebut.
Namun, tidak lupa ada juga yang sempat mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menang 1-0 menentang Thailand yang seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir AFC U19 2020.

Post a Comment

0 Comments