[VIDEO] ‘Memang Betul Minat Liverpool Ke Datuk?’ – Penyokong MU Kena Tengok Jawapan Mufti Wilayah Ini


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini ada berkongsi kejutan menerima hadiah jersi Liverpool dari ibu bapa bayi ditahniknya. Minat Dr Zulkifli juga turut diketahui umum apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga menghadiahkan jersi pasukan bola itu kepada beliau.

Gurau senda dengan hos MHI



Dr Zulkifli di laman sosial berkongsi video berada di set rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) untuk ditemubual dengan topik ‘Dakwah Dalam Talian’. Apa yang mencuit hati, ketika di pengakhiran segmen, pengacara Hanif Miswan ada bertanya jika mufti itu benar-benar menyokong Liverpool.
Setelah mengesahkan perkara itu, Hanif kemudian secara bergurau berkata dia tidak lagi boleh mengikuti tokoh itu di laman sosial. Jawapan ‘win’ Dr Zulkifli setelah itu membuatkan ramai netizen turut terhibur.

Netizen turut terhibur

Post a Comment

0 Comments