[VIDEO] Ditanya Wanita Mualaf Cara Bawa Keluarga ‘Masuk Syurga’, Ini Jawapan Ustaz Ebit Lew


Setiap manusia pastinya menginginkan pengakhiran hidup yang baik buat diri sendiri dan ahli keluarga tersayang. Namun, wanita muallaf ini ternyata tidak dapat menahan sedih tatkala memikirkan ahli keluarganya yang masih belum memeluk Islam.
Perasaan sedih wanita itu diluahkan menerusi program Keluarga Sunnah yang dikendalikan oleh Ustaz Ebit Lew. Hampir kesemua pasangan yang hadir ke program tersebut turut menitiskan air mata setelah mendengar luahan yang disampaikan. Sumpah sedih!

Keluarga saya belum dapat Islam

Tangisan semenjak kecil. Menangis bila ditanya soalan ini Kota Kinabalu Sabah. Saya tak tahan sebak bila soalan ini. Ustaz, saya muallaf, saya sayang semua keluarga saya dan saya nak sama-sama masuk syurga Allah. Saya memeluk Islam. Keluarga saya mereka semua baik-baik tapi belum dapat dapat Islam. Apa saya boleh buat untuk ajak mereka. Allahuakbar.
Inilah tangisan saya semenjak kecil. Ayah saya selalu menangis doa hidayah buat semua ahli keluarga. Kadang rasa lemah tak mampu. Ya Allah, bukakanlah hati seluruh keluarga kami mendapat Islam. Kami tidak boleh beri hidayah pada yang kami nak. Ya Allah, Kau beri hidayah pada siapa yang kau kehendaki.
Menerusi video berdurasi 3:03 minit, wanita muallaf ini menyatakan hasratnya untuk melihat ahli keluarganya meninggal dalam Islam. Namun, dia tidak tahu bagaimana cara untuk membawa mereka memeluk agama Islam, sebab keluarganya sudah mempunyai pegangan agama tersendiri.
Melalui program Keluarga Sunnah, wanita tersebut mengambil peluang bertanyakan soalan kepada Ustaz Ebit mengenai cara bimbingan ustaz terhadap ahli keluarganya. Tambahnya, dia turut memberitahu bahawa sudah mendirikan rumah tangga dan memeluk Islam sejak 2011.

Jangan berhenti berdoa

Soalan yang diajukan oleh wanita tersebut ternyata mendapat jawapan pantas dari Ustaz Ebit apabila dia turut memberikan contoh mengenai ahli keluarganya sendiri termasuk ayahnya yang kini berusia 80 tahun.
Saya ada ayah umur 80 tahun. Dia selalu menangis fikir adik-adik dia yang lain belum masuk Islam. Saya ada abang dan kakak enam orang belum Islam. Saya seronok balik kampung raya Cina, saya seronok balik raya, tapi bila mereka meninggal saya menangis. Depan mereka saya buat tabah, masuk kereta saya menangis. Sampai berhari-hari saya menagis, mungkin tak jumpa dia lagi sampai bila-bila.
Tambahnya, wanita itu harus berdoa agar pintu hati keluarganya akan terbuka untuk menerima Islam suatu hari nanti. Ustaz Ebit turut memberitahu bahawa sebesar-besar musibah dalam dunia, paling teruk sekali bila orang kita sayang mati tanpa Islam. Mati tanpa iman tanpa Islam, dia akan susah selamanya. Tiga petua turut dikongsikan buat wanita itu iaitu jangan tinggal solat dan sembahyang hajat, sentiasa berbuat baik kepada keluarga seta sentiasa balas kebuurkan mereka dengan kebaikan.

Sumber: Ustaz Ebit

Post a Comment

0 Comments