[VIDEO] ”Ayah, Diorang Pukul Abang..” Selebriti Digari Dan Ditahan Polis Ditepi Jalan?


Sebuah video memaparkan penangkapan seorang lelaki yang dikatakan menyerupai seorang selebriti tempatan menjadi tular di media sosial hari ini. Tidak dapat dipastikan tarikh kejadian tersebut tetapi ianya dipercayai berlaku di Singapura.
Menerusi video yang dimuat naik, lelaki tersebut yang berada dalam keadaan meronta sedang digari oleh beberapa pihak berkuasa.
Dia yang sedang bercakap melalui telefon bimbit ketika itu menjerit-jerit dengan memberitahu individu yang dipercayai ayahnya bahawa dia dipukul.

Ayah, diorang pukul abang ayah!

Video berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang tertanya-tanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.
Pelbagai andaian telah dikeluarkan namun setakat ini kami belum mendapat sebarang pengesahan mengenai kejadian dan selebriti yang terlibat dalam video tersebut.

Menyentuh hati lihat dia jerit panggil ayah 

Buat hal lagi ke?


Drama melayu pukul 6

Sumber: Twitter,

Post a Comment

0 Comments