"Thank You Air Asia" - Wanita ini kongsi pengalaman layanan terbaik Air Asia terhadap adik OKU


Setiap orang pasti ada impian untuk jalan-jalan, melancong melihat tempat baru. Namun ada golongan yang hasratnya terbantut oleh kerana keterbatasan fizikal dalam pergerakan membuatkan mereka tidak melancong. Golongan OKU khususnya.

Seorang pengguna Facebook, Izah Noor berkongsi pengalaman melancong bersama adik iparnya, OKU fizikal dimana kakinya dipotong kerana jangkitan kuman. Perjalanan mereka dipermudahkan dengan bantuan staff Air Asia yang memberikan layanan amat baik. Bermula dari KLIA ke destinasi yang dituju Langkawi.



Sebenarnya dah byk hari nak share benda baik ni...(nak2 insan-insan yang ada keluarga OKU dan ingin membawa mereka bercuti), tapi disebabkan kekangan waktu,apa yg ingin saya tulis/sharekan jadi tertangguh. Mana yg sdh tahu baguslah,mana yg belum tahu dijemput membaca.
Last week saya ke Langkawi dgn adik beradik perempuan dan pasangan.Sdh sgt lama merancang sebenarnya dan ini adalah salah satu 'impian' adik ipar saya yg OKU ingin ke Langkawi (tiada kaki sebelah akibat jangkitan kuman).Maka saya berusaha dgn sehabis daya utk merealisasikan impiannya.
Sebelum pergi rasa risau juga kerana di samping tidak boleh berjalan, fizikalnya agar besar juga.Yang pergi pun semuanya dah ada penyakit..😂😂. siapalah yg nak angkat dan tolak dia,turun tangga kapal terbang dll disana nanti,itu saja yang saya fikirkan. Apapun saya nekad dan berserah.

TEPAT DENGAN SLOGAN "EVERYONE CAN FLY"


Langkah pertama saya ialah booking flight tiket AirAsia.Tepatlah slogan AA ni everyone can fly, kami pun rakyat marhaenkan. Rezeki saya dan group bawa OKU dapat tiket RM26.00 PERGI BALIK! Saya ulang RM26.00 return 😂!Saya terus add 'WHEEL CHAIR" (sila rujuk gambar). WAJIB add wheel chair masa booking ok jika uollss memerlukan supaya semuanya masuk dlm system AA.Jgn pandang remeh dan fikir disetiap Airport sdh tersedia semuanya!uollss mungkin hadapi kesulitan dan servis tdk sepantas yg diharapkan dibanding dgn persediaan awal kita sewaktu booking!

DAPAT HOT SEAT

Bermula di KLIA 2 pagi itu layanan sgt baik.Tersedia sdh wheel chair,disediakan seorg staff utk menolak hingga ke boarding area tapi kami tolak kerana salah seorg dari kami bersedia utk menolaknya.Tiba waktu utk masuk kedlm flight dia org pertama ditolak kedlm dan diluar dugaan saya adik ipar saya suami isteri diberikan HOT SEAT oleh AA.Sesuatu yg saya tdk duga lansung.Alhamdulillahh.Saya sendirri bertahun tahun saya jadi customer AA,beribu ribu RM saya booking tiket utk customer tdk pernah pun saya dpt Hot seat 😂.(Lihat gambar)

Tiba kami di airport Langkawi satu hal yg mendebarkan saya. Tangga sungguh tinggi utk turun kebawah,memang mustahil utk dia lakukannya. Staff AA minta kami semua turun dahulu dan minta tinggalkan adik ipar saya diatas.Saya duga pramugara dan kapten akan angkat dia ramai2 😂😂 utk turun tapi sangkaan kami meleset.

TURUN GUNA SKYLIFT 

Dari jauh saya lihat satu jentera yg saya panggil 'skylift' menuju arah flight yg saya naiki.Fuyooo...🙂adik ipar saya turun naik skylift.Dahsyat sungguh...Bertungkus lumus saya lihat petugas2 AA membantu dia. Turun saja dari skylift ,kerusi roda sdh sedia menanti!Terbaik sungguh servis AA pada OKU yg saya sgt tdk sangka sama sekali,memandangkan tiket promo yg kami dpt sgt2lah murah dan mcm tdk berbaloi dgn servis yg kami dpt...
(lihat gambar2 staff AA bertungkus lumus mengendalikan OKU utk masuk ke Skylift)

Waktu balik dari Airport Langkawi juga saya mendpt servis yg sama.Bermula dikaunter, saya mendpt layanan dari staff wanita AA yg sgt baik,berdidikasi,mengutamakan OKU dan berkumunikasi dgn sopan walau waktu itu org terlalu ramai dikaunter!Dapat HOT SEAT juga waktu balik utk 2 org.Tahniah utk beliau kerana berjaya mengawal emosi walau waktu itu customer utk flight ke Singapore terjerit jerit kpd beliau kerana nak cepat process check in🙄!


Ini pengalaman yg saya lalui, mungkin uolls juga ada pengalaman yg berbeza.Rezeki kita masing2 tak sama.Apapun saya sgt bersyukur dgn yg saya lalui ini.Misi membawa OKU bercuti berjaya dan mendpt servis yg terbaik lagi...
Di kesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kpd Air Asia dan semua staff nya yg di KLIA 2 dan Langkawi atas kerjasama yg sgt PADU dan TERBAIK sewaktu percutian saya bersama keluarga dan OKU pada 11 -13 Nov yg lalu.Hanya Allah yg dpt membalas semuanya.
Satu pesanan saya, JGN LUPA select WHEEL CHAIR (jika membawa OKU masalah pergerakan )waktu uolls sdg jlnkan kerja BOOKING MEMBOOKING flight ticket (FOC) ,jika tidak mahu kesulitan waktu dlm perjlnan.
Terima kasih bagi pihak family
Thank You Air Asia
Izah Noor
AK 6312 KLIA -LANGKAWI (11/11/19)
AK 6329 LANGKAWI -KLIA l13/11/19)

SUMBER: Izah Noor

Post a Comment

0 Comments