"Tak habis makan ni..." - Kemunculan patin gergasi seberat 150kg gemparkan penduduk

PASIR MAS: Penduduk Kampung Binjai Jejawi, Lubok Jong gempar apabila menemui seekor ikan patin seberat 150 kilogram (kg) di Sungai Lubok Jong, di sini, pagi tadi.

Walau bagaimanapun, ikan berkenaan didapati sudah mati akibat tersangkut pada pukat candik yang ditahan oleh seorang penduduk kira-kira pada jam 10 pagi.

Penemuan ikan gergasi itu adalah yang kedua selepas tangkapan pertama yang juga seberat 150 kg pada September tahun lalu.

Penduduk kampung, Hassan Yusoff, 63, berkata, disebabkan saiz ikan patin itu yang sangat besar, ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang untuk mengangkatnya ke darat.

"Kira-kira pada jam 11 pagi selepas penemuan ikan gergasi ini, ianya menjadi heboh dan rata-rata penduduk kampung datang melihatnya sendiri disebabkan saiznya yang luar biasa.

"Penemuan ikan patin ini memberi rezeki kepada penduduk kampung kerana saiznya yang besar, kami mengagihkan ikan ini kepada penduduk dan sebahagiannya di jual," katanya.

Hassan berkata, besar kemungkinan, ikan patin itu muncul pada masa ini disebabkan kerja menggali serta mencuci sungai sedang giat dijalankan untuk persediaan musim banjir.

Post a Comment

0 Comments