‘Rumah pelangi’ tepi sungai di Kelantan jadi tumpuan pelancong


Jika di Indonesia, Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah menjadi tumpuan pelancong selepas perkampungan diberikan dana untuk dicantikkan seperti pelangi.
Di negara kita pula, terdapat satu perkampungan yang masih didominasi rumah papan yang pasti menjadi tarikan dan sangat Instaworthy.

‘Rumah Pelangi’ 10 minit dari bandar

‘Rumah Pelangi’ yang diberikan nafas baru itu menjadi salah satu tarikan terbaru di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Terletak di Kampung Sungai Budor, pinggir Sungai Kelantan berhampiran Kampung Cina, Kota Bharu yang hanya 10 minit dari pusat bandar, rumah-rumah di sini dicat pelbagai warna yang dapat dilihat dari jarak tujuh kilometer.


Penempatan padat tapi penduduk akrab

Walaupun penempatannya agak padat, kaum Melayu dan Cina di sini begitu akrab dan saling kunjung-mengunjungi malah ada yang mempunyai pertalian keluarga,


Satu alternatif menceriakan kampung

Projek yang disokong oleh kerajaan pusat itu yang membabitkan sebanyak lebih 100 rumah adalah satu alternatif dengan kerjasama oleh tiga pihak Pertubuhan Wanita Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Inisiatif menceriakan kampung ini akan menjadi ia destinasi baru untuk dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara kerana keunikanya.


Penduduk dapat menjana pendapatan

Berita baik buat penduduk pula adalah mereka dapat menjana pendapatan menerusi menjual pelbagai produk tempatan di gerai-gerai sekitar kampung.


Post a Comment

0 Comments