Melancong merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Siapa yang tidak suka melancong, bukan?
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mikail Arjuna telah berkongsi di group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) perihal sebuah restoran di Dongdaemun, Korea yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia beragama Islam.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengatakan selain daripada menjual ikan bakar, kedai tersebut menjual makanan yang menggunakan daging khinzir. Sebenarnya restoran tampil dengan dua menu yang berbeza iaitu satu menu tanpa menu khinzir dan lagi satu memiliki menu tersebut dan disedari beliau apabila terlihat menu ‘pork stew’ pada menu di dinding.


Berikutan perkongsian tersebut, rata-rata netizen terkejut kerana kedai tersebut merupakan antara pilihan untuk dikunjungi di sana. Malah, ada juga warga Korea yang mengatakan bahawa kebanyakan pemilik restoran di Korea sebenarnya ada yang tidak ketahui makna sebenar makanan orang Islam.


Apa pandangan anda mengenai isu ini? Mungkin anda boleh berikan beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mencari restoran halal di luar negara?