Lebih 58 Ribu Share, Ini Resepi Corndog Viral Paling Mudah, Sedap & Jimat !

Corndog makanan kudapan yang paling viral di Malaysia ketika ini, ia boleh dibeli di shopping mall dan ada juga yang berniaga di gerai tepi jalan. Harga yang dijual di gerai biasanya RM7-RM10, manakala di mall biasanya lebih mahal.

Seorang pengguna Facebook Nur Syazwani Mustafa berkongsi resepi menghasilkan corndog dengan mudah, sedap dan jimat. Apa yang lebih menarik, perkongsian resepi ini mendapat lebih 58 000 'Shares' hanya dalam beberapa minggu. Wow!! Jom cuba resepi Corndog Viral.



BAHAN-BAHAN


🌭 Sausage (guna Ayamas Cheese) 
🌭 Mozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded. (brand Arla kat Aeon RM17.50. Boleh potong jadi 8 cube. Sedap brand ni)
🌭 Bread Crumbs. (ambil yang jenis "putih" bukan "oren") 
🌭 Chopstick kayu (dekat 99 Speedmart ada jual) 
🌭 1 sudu besar Yis Mauripan 
🌭 1/2 sudu kecil garam
🌭 1 cawan air suam
🌭 7 sudu besar Tepung Gandum (sudukan biasa saja, jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Sedang2 saja. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
🌭 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi. (ni yang akan buatkan corndog kita sedap and tak boring makan)

CARA-CARA

1) Rebus sausage selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua.

2) Potong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sausage dahulu diikuti dengan cheese.

3) Bancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar Tepung Gandum. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. (Rujuk video for tekstur tepung). And seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk "setkan" bancuhan.

4) Lepas tepung dah set, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Part ni memang renyah sikit and memerlukan kesabaran. 😅
5) Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepal-kepalkan hingga mampat bahan salutan. Dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.

6) Last sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Aku guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Then decokan dan siap untuk dimakan. Tariklah cheese tu sampai ke London. Hihi. Sedap giler! 😋🌭🧀

TIPS JIMAT : 
Macam aku untuk jimatkan kos buat corndog ni, aku beli piping bag je untuk letak sos and mayonis. Tak perlu beli mayonis botol yang ada corong tu, sebab akan menambahkan kos je. Hihi.
Last but not least, SELAMAT MENCUBA. Puas makan sebab dapat 8 batang sekali buat. Kos buat dalam RM40. Kos beli luar dalam RM80++. So jimat bukan kalau buat sendiri? 

Sumber: Nur Syazwani Mustafa

Post a Comment

0 Comments