‘Jom, Uncle Belanja’ – Kisah Sayu Bapa Tak Mampu Abadikan Gambar Konvo Anak Bernilai RM20


Setiap manusia dikurniakan rezeki yang berbeza. Ada orang rezekinya melimpah ruah, ada juga yang menerima rezeki dalam bentuk kesihatan tubuh badan. Namun, tidak kurang juga ada diantara mereka dikurniakan rezeki yang tidak seberapa.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, Irwan berkongsi kisah sedih yang berlaku di depan matanya apabila keinginan seorang kanak-kanak untuk mengambil gambar selepas konvo tidak dapat dipenuhi oleh bapanya yang kurang berkemampuan.

Bergambar lepas konvo

Menerusi perkongsia tersebut, lelaki ini sedang berada di backdrop khas khusus buat ibu bapa untuk mengabadikan gambar konvo anak mereka. Pada ketika itu,dia ternampak seorang bapa bersama anaknya yang sedang bertanyakan harga pakej gambar tersebut.

Pakej paling murah RM20

Selepas itu, mereka berdua beredar dari backdrop khas setelah mengetahui harga pakej berkenaan. Sedih melihat keadaan kanak-kanak itu yang seakan merajuk dengan mukanya yang sayu. Kemudian lelaki ini terus mendekati kanak-kanak tersebut dan menawarkan untuk belanja mengambil gambar konvonya.
Menurut lelaki ini, si bapa berkenaan dikatakan tidak membawa wang menyebabkan dia tidak mampu untuk memenuhi keinginan anaknya itu.

Dia terus peluk, nangis

Selepas selesai sesi bergambar, si bapa tersebut berkali-kali meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada lelaki ini kerana bermurah hati untuk memenuhi keinginan anaknya itu.
Dia cuba untuk memberitahu sesuatu kepada individu ini namun sebelum sempat berkata apa-apa si bapa tersebut terus memeluk lelaki ini sambil menangis.

Bagus dapat anak yang memahami

Perkongsian ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa terharu dengan tindakan mulia lelaki tersebut membantu kanak-kanak ini. Ada juga dalam kalangan mereka yang turut menitipkan doa supaya lelaki dimurahkan rezeki dan segala urusannya dipermudahkan.

‘Jangan manjakan anak sangat’

Malah, tidak kurang juga sesetengah daripada mereka yang turut berkongsi nasihat kepada orang ramai agar memberi didikan yang betul kepada anak-anak seperti didikan si bapa ini kepada anaknya yang tidak memberontak meskipun keinginannya tidak dapat dipenuhi.
Sumber: Irwan

Post a Comment

0 Comments