Harimau Malaya Jinakkan Gajah Perang di Bukit Jalil.


Detik cukup manis buat jutaan penonton dan peminat harimau malaya, apabila pasukan kesayangan kita, Malaysia menewaskan musuh tradisi Thailand di bukit Jalil. Kemarau kemenangan pasukan Malaysia ke atas Thailand sudah berakhir malam ini apabila menang dengan jaringan 2-1.

Thailand hadir ke Bukit Jalil selaku pasukan pilihan yang serba lengkap serta rekod yang cemerlang sebelum ini menewaskan UAE. Pasukan yang dibimbing jurulatih dunia Akira Nishino dilihat cukup kuat ditambah lagi dengan kehadiran semua pemain bintang mereka Chanatip Songkrasin, Terasil Dangda dan 3 pemain naturalisasi dibahagian pertahanan.

Lebih 50 ribu penyokong hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan ini. Thailand bermula garang mengasak kubu Malaysia dan akhirnya berjaya mendahului pada minit ke 7 menerusi pemain lincah mereka Chanatip Songkrasin. 


Tersentak dengan gol tersebut, pasukan negara tidak menunggu lama untuk memperbaiki permainan. Trio tengah Brendan Gan, Syamer dan Azam mulai mengawal keadaan. Minit ke 26 gerakan Corbin Ong dan Syamer Kuty berjaya disudahkan oleh Brendan Gan untuk memberikan gol pernyamaan buat Malaysia. Gol tersebut menyuntik semangat buat pemain Malaysia, Terus mengasak kubu Thailand. Beberapa siri serangan dilancarkan namun keputusan kekal hingga tamat babak pertama.


Bersambung separuh masa kedua, Malaysia meneruskan momentum menyerang di setiap sudut menerusi tandukan Corbin Ong, half volley Syami Safari. Akhirnya Malaysia menemui gol pendahuluan dari Sumareh hasil umpanan cantik Brendan pada minit ke 57. 

Malaysia Menang 2-1 !!!


BRENDAN GAN Man Of The Match 


Post a Comment

0 Comments