[FOTO] Wajah Baru Perpustakaan Kuala Lumpur Gamit Perhatian, Terus Rasa Nak Jadi Ulat Buku!


Perpustakaan merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk kita mendapatkan ilmu dan info tambahan. Malangnya, semakin hari memperlihatkan semakin kurang anak muda meluangkan masa di tempat berfaedah sebegini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pembukaan semula perpustakaan itu kepada umum setelah ditutup bagi kerja-kerja penambahbaikan ruang itu. Jadi, orang awam dijemput untuk ke perpustakaan tersebut bagi mengisi masa anda dengan menelaah ilmu.

Transformasi lebih selesa

Lebih banyak buku dan tersusun

Bersantai seperti di rumah

Waktu beroperasi

Perpustakaan ini telah dibuka kepada umum sejak 4 November 2019 lalu dan terletak berhampiran Dataran Merdeka. Waktu perkhidmatan di perpustakaan ini adalah dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad minggu pertama bagi setiap bulan serta cuti umum.
Hari Isnin akan beroperasi bermula jam 2.00 petang hingga 6.45 petang. Selasa hingga Jumaat dari 10.00 pagi ke 6.45 petang. Manakala Sabtu dan Ahad beroperasi pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke page Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Post a Comment

0 Comments