Cikgu hidap kanser ambil ‘order’ khat atas katil hospital meninggal dunia


Sebelum ini, media-media semasa ada melaporkan keadaan seorang guru yang terlantar di katil hospital kerana mengalami masalah kanser linfoma tahap empat sejak April lalu.

Buat khat atas katil hospital

Bagi menampung kos rawatan dan juga pembiayaan untuk membeli tong oksigen, seorang guru dikenali sebagai Mohd Izzuddin Zainal telah mengambil tempahan tag nama tulisan khat walaupun terbaring di katil hospital sahaja.

Sudah meninggal dunia

Usaha gigihnya itu telah mendapat perhatian warganet yang berasa simpati diatas nasib yang menimpanya.
Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro sebentar tadi, cikgu Izzudin dimaklumkan sudah meninggal dunia.

Minta maaf mana yang dah tempah

Isteri kepada Cikgu Izzudin yang dikenali sebagai Suzana, 34 memberitahu bahawa suaminya meniggal dunia kira-kira jam 8 malam sebentar tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Dia jua meminta maaf kepada sesiapa yang membuat tempahan tag nama daripada arwah suaminya kerana dia tidak sempat menyiapkan tempahan tersebut.
“Saya minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka.

“Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan.” Luah Suzana.
Tambahnya lagi, suaminya masih gigih menyiapkan tempahan nama walaupun dalam keadaan sesak nafas. Namun sejak pagi tadi, pernafasannya semakin menurun dan doktor mengesahkan Cikgu Izzudin meninggal dunia kerana jangkitan pada paru-paru.
Jenazah Cikgu Izzudin dijangka akan dikebumikan esok di Pantai Dalam selepas urusan dihospital selesai.
Sebelum ini, kisah kegigihan guru tersebut telah tular berikutan mengambil tempahan tag nama tulisan khat bagi menampung kos rawatan kanser limfomanya.
Bapa kepada dua anak ini juga merupakan mangsa kepada kes rempuhan bas Rapid KL yang pernah dilaporkan media beberapa tahun lepas.

Post a Comment

0 Comments