6 beranak maut atas bot, ditembak ketika menuju ke majlis Maulidur Rasul


Setiap orang pastinya tidak menjangkakan apa bakal terjadipada diri ataupun keluarga sendiri. Bahkan, tiada siapa yang menginginkan tragedi menyayat hati menimpa dalam kehidupan meraka.
Minggu lalu, satu kejadian tidak diingini telah menimpa sebuah keluarga. Enam ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dipercayai telah ditembak mati oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali. Kesemua mangsa dan kejadian telah dilaporkan berlaku di Pulau Denawan, Semporna Sabah.

Menuju ke majlis Maulidur Rasul

Pada mula, mereka sekeluarga yang  seramai lapan orang menaiki sebuah perahu dari Pulau Denawan Semporna menuju ke Siasi, selatan Filipina bagi menyambut Maulidur Rasul.
Namun ketika sedang dalam perjalanan, perahu mereka telah didekati dengan sebuah bot dan terus melepaskan beberapa das tembakan. Tembakan tersebut telah mengorbankan 6 orang ahli keluarga mereka, manakala dua lagi terselamat.

Motif mungkin sebab dendam

Pihak berkuasa mempercayai, motif tembakan berkemungkinan bertujuan untuk balas dendam. Tiada barangan peribadi termasuk wang milik semua mangsa dirampas oleh  kumpulan terbabit.
Laporan berkenaan dibuat selepas mayat enam mangsa dibawa balik pada Khamis lalu dan selesai dikebumikan di Pulau Denawan, kelmarin.
Kesemua mereka ditemui sehari kemudiannya selepas saudara mangsa di Siasi, selatan Filipina pergi mencari di perairan yang menjadi laluan mereka kerana berasa risau mangsa belum sampai di sana. Dilaporkan juga, semua mangsa tiada pengenalan diri tetapi sudah menetap di Pulau Denawan, Semporna sejak sekian lama.
Jenazah juga telah dibawa pulang ke Pulau Denawan dan telah selamat dikebumikan pada Jumaat lepas.
Sumber: Berita Harian, OMM

Post a Comment

0 Comments