Youtuber Terkenal Grandpa Kitchen Sudah Tiada, Peminat Mula Rindu Nak Tengok Masakan Mendiang


Narayana Reddy merupakan seorang Youtuber yang terkenal dengan content masakan. Banyak video masakan dari warga emas berusia 73 tahun ini telah dimuatnaik menerusi laman Youtube di bawah channel Grandpa Kitchen. Video masakan yang dihasilkan warga emas ini agak sedikit berbeza di mana cara masakan di luar rumah dengan menggunakan kayu api kelihatan lebih santai.
Malangnya, aksi dari Grandpa Kitchen ini tidak dapat disaksikan lagi oleh segenap pencinta makanan di luar sana. Narayana Reddy baru sahaja meninggal dunia pada 27 Oktober 2019 lalu.

Video terakhir menyentuh hati

Video dimuatnaik pada akaun Grandpa Kitchen ini sebagai video dedikasi khas yang terakhir bagi penonton melepaskan rindu kepada Narayana Reddy. Sudah tentu Grandpa’s An Emotional and Heart Touching Final Journey ini mengundang rasa sebak dan rindu akan gelak ketawa, senyuman dari Grandpa sendiri.
Dalam video ini turut menyaksikan upacara pengebumian mayat mendiang yang turut dihadiri keluarga dan kenalan rapat di India.
Sepanjang hayat hidupnya, mendiang juga telah membantu memberi sumbangan peralatan sekolah buat anak-anak yang kurang mampu, memyumbangkan makanan kepada yang kurang bernasib baik dan menyambut perayaan Christmas bersama anak-anak kecil di negaranya.

Resipi Butter Chicken

Resipi Butter Chicken yang dikongsi Grandpa Kitchen antara video yang mendapat tontonan terbanyak di laman tersebut. Video untuk resipi masakan ini telah memperolehi tontonan sebanyak kira-kira 5.8m dan video ini telah dimuatnaik pada tahun 2017.

American Lasagna

Bukan hanya masakan Asia sahaja yang Grandpa Kitchen hidangkan, namun, ada juga resipi masakan dari Barat turut dikongsi bersama. Video yang dimuatnaik pada tahun 2019 ini menghidangkan kepada penonton cara-cara membuat Lasagna style America.
Menjadi kebiasaan, segala makanan yang disediakan dalam saiz besar sebegini akan juga dihidangkan buat anak-anak di India yang kurang bernasib baik untuk menikmati bersama. Tidak hairanlah, rata-rata kenalan, jiran tetangga mahupun kanak-kanak di sekitar itu amat sayang kepada mendiang.
Sehingga tamat riwayat hidup mendiang Narayana Reddy, akaun Youtube Grandpa Kitchen telah memiliki lebih 6 juta subscribers. Pasti ramai yang akan merindui senyum dan air tangan dari mendiang.

Post a Comment

0 Comments