[VIDEO] Tindakan Hafizh Syahrin Tunda Motorsikal Marquez Dapat Pujian


Pelumba MotoGP Negara, Hafizh Syahrin Abdullah semalam menamatkan aksi di tempat ke-19 pada perlumbaan Grand Prix Jepun.  Walaupun menamatkan tempat di kedua terakhir di atas Sylvain Guintoli, Hafizh menarik perhatian ramai apabila menunda jentera juara, Marquez yang menghadapi masalah bahan bakar.

Tunda motor Marquez


Menerusi video pendek yang dikongsi laman Instagram MotoGP, tindakan bersahaja Hafizh menolak motor mendapat pujian ramai. Hafizh dilihat menunda motorsikal Marquez ke pit dan mendapat sorakan orang ramai. Juara dunia, Marquez dipercayai menghadapi masalah sebaik sahaja menghabiskan perlumbaan dan meminta pertolongan pelumba lain untuk sampai ke pit.
Di ruangan komen, Marquez turut mengucapkan terima kasih kepada pelumba dua tayar tersebut.  Namun, tidak kurang juga yang menganggap aksi tersebut adalah ‘biasa’ bagi kebanyakan pengguna motorsikal di Malaysia.

Terima kasih Hafizh!

Steady!

Sumber : MotoGP , Harian Metro

Post a Comment

0 Comments