[VIDEO] Salah Muncul Wira Liverpool

Photograph: Andrew Yates/Reuters

Perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah berlangsung awal pagi tadi. Pasukan Juara musim lalu, Liverpool diberi tumpuan ramai setelah tewas kepada Napoli di perlawanan pembukaan kempen Liga Juara-Juara musim ini. 

Bermain di Anfield memberikan kelebihan buat Liverpool selaku tuan rumah berhadapan dengan Red Bull Salzburg. Sebaik sahaja perlawanan dimulakan Liverpool terus mengasak pasukan pelawat. Hasilnya pada minit ke 9 Sadio Mane berjaya mencetak nama sebagai penjaring, sekaligus meletakkan Liverpool di depan.

Photograph: Jason Cairnduff/Action Images via Reuters

Pasukan tuan rumah dilihat terus garang menyerang, minit ke 25 Andrew Robertson berjaya menggandakan jaringan buat Liverpool kian selesa dengan kelebihan dua gol. Selang 11 minit kemudian giliran Mohamed Salah pula mencipta nama sebagai penjaring.

Red Bull Salzburg tidak berputus asa, meskipun ketinggalan 3 gol mereka tetap memberikan saingan. Kesilapan kapten Liverpool, Jordan Henderson membuka peluang buat Hwang Hee-Chan menjaringkan gol pada 39. Separuh masa pertama berakhir 3-1.

Photograph: Peter Powell/EPA

Bersambung babak kedua, Red Bull Salzburg memperbaiki permainan mereka dan mendominasi perlawanan. Tidak menunggu lama, minit ke 56 Takumi Minamino berjaya merapatkan kedudukan menjadi 3-2. Kebangkitan Red Bull Salzburg berterusan, selang 4 minit kemudian Takumi Minamino sekali lagi menjadi ancaman buat kem Liverpool apabila umpanannya berjaya disudahkan dengan sempurna pemain muda berusia 19 tahun, Erling Braut Håland untuk mengikat kedudukan 3-3. 

Photograph: Peter Powell/EPA

Perlawanan berubah, Liverpool dilihat terdesak mencari gol manakala pasukan pelawat kian bersemangat untuk mengejutkan pasukan tuan rumah. Mohamed Salah muncul wira Liverpool dengan gol kedua peribadi pada minit 69 sekaligus menjadikan gol kemenangan buat mereka. 

VIDEO

Post a Comment

0 Comments