[VIDEO] Nampak depan mata jaket penunggang tersangkut pada tayar motosikal, belit leher - “Kalau motor tu terpelanting pada kereta kami...”

MALANG tidak berbau. Itulah nasib menimpa seorang penunggang motosikal yang nyaris maut selepas jaket yang dipakai tersangkut pada tayar motosikal dan membelit lehernya.

Kisah tragis yang berlaku di depan mata itu dikongsi Fatin Khalidah Mohamad Kholim di Facebooknya sehingga menjadi tular.

Malah Fatin turut berkongsi video kamera 'dashboard' atau dashcam insiden itu yang dirakam dari dalam keretanya.

Menurut Fatin, saluran pernafasan mangsa tersumbat dipercayai selepas dibelit jaket tersebut.

"Dalam video ni, boleh nampak baju jaket yang dipakai mangsa, potential threat/fatal pada mangsa, tersangkut and menyebabkan mangsa hilang kawalan.


Mangsa hilang kawalan selepas jaket dipakai mangsa terbelit pada tayar motosikalnya.

"Jaket tersangkut pada tayar motor dan membelit leher mangsa menyebabkan saluran pernafasan mangsa blocked. 

"Mangsa nampak memang 50-50 masa husband dan pakcik first tu datang tolong," katanya.
Namun Fatin berkata mangsa sedar beberapa minit kemudian selepas menerima bantuan CPR daripada orang awam.

"Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Ramai sangat yang berhenti tolong payungkan. Based on apa yang  saya saksikan sendiri semalam, how mangsa struggle. 

"Boleh dikatakan pakai jaket/raincoat backward atau ke belakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda!" katanya.

Fatin turut menarik nafas lega kerana suaminya yang memandu kereta mereka semasa kejadian.

Suami Fatin dan seorang pakcik bertindak membantu mangsa.

"Mujur masa kejadian, husband yang drive dan cepat-cepat bertindak keluar tolong. Hayyan Anaqi pun duduk dalam carseat dia masa tu. 

"Kalau jadi kat diri sendiri sorang-sorang dengan kalut, berdebar, jadi blank tak tahu nak buat apa. Alhamdulillah Allah lindung kami sekeluarga berkat baca doa setiap kali kereta mula bergerak.

Boleh dikatakan pakai jaket/raincoat backward atau ke belakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda!

FATIN KHALIDAH MOHAMAD KHOLIM

"Kalau motor tu terpelanting pada kereta kami, pun tak tahu lagi apa nasib kami. Syukur pada Allah juga kerana izinkan kereta kami berhenti, tak terlanggar mangsa walaupun struggle husband kawal kereta masa tu," katanya.

Susulan itu, Fatin menasihati orang ramai yang menggunakan motosikal supaya memakai jaket mereka dengan betul.

"So pada family and kawan-kawan yang menggunakan motor ke tempat kerja or mana-mana, please pakai baju tu betul-betul and proper.


Orang ramai cuba membantu mangsa sebelum ambulans tiba di lokasi kejadian.

"Malang tu tak berbau. Sekelip mata je boleh jadi. Semoga Allah lindungi perjalanan kita semua sekeluarga walau ke mana jua destinasi yang dituju.

"Semoga mangsa selamat dan dikurniakan kesembuhan secepatnya oleh Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin," tulisnya.

Jelas Fatin lagi, dia berkongsi video tersebut agar orang ramai menjadikan insiden itu sebagai pengajaran.

"Video tidak berniat mengaibkan hanya untuk diambil pengajaran. Mungkin semalam hari mangsa diuji, hari kita tak tahu lagi. Moga sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah," katanya.

VIDEO



Post a Comment

0 Comments