[VIDEO] Genap Setahun Peristiwa 6 Bomba Maut Ketika Operasi Menyelamat, Rakan Dendang Lagu Istimewa


Tanggal 3 Oktober 2018, merupakan tarikh keramat buat negara apabila 6 orang anggota keselamatan kehilangan nyawa dalam operasi menyelamat seorang remaja yang dipercayai tenggelam dalam sebuah lombong di Puchong, Selangor. Walaupun tarikh tersebut sudah genap setahun, kejadian meruntun jiwa ini masih menghantui pemikiran ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Menerusi Facebook Friends of Bomba Malaysia, seorang anggota keselamatan bernama Erwan Brootwinz, menyanyikan sebuah lagu yang dicipta khas bagi mengenang pemergian wira-wira hebat ini.  Sumpah sedih!

Perginya sahabat wira

Video berdurasi 3:09 saat itu menunjukkan Erwan Brootwinz, sedang menyanyikan lagu ‘perginya seorang wira’ yang dicipta khas buat 6 orang wira hebat yang terkorban ketika operasi menyelamatkan seorang remaja tahun lalu. Pada hari kejadian, seorang demi seorang dari mereka telah ditarik oleh arus air yang kuat. Walaupun berjaya dibawa keluar dan diberikan bantuan pernafasan, kesemua mereka tidak dapat diselamatkan.

Detik-detik akhir hayat


Post a Comment

0 Comments