[VIDEO] Gara-Gara Telefon Kanak-Kanak 10 Tahun hampir terjun dari tingkat 19

TEMPOH 15 minit menjadi penyelamat kepada kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun daripada terjun di luar tingkap rumahnya di tingkat 19, sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru, petang semalam.

Difahamkan, kanak-kanak itu cuba terjun dari bangunan itu selepas berkelahi dengan ibunya kerana masalah berkaitan telefon bimbit.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, usaha menyelamat mangsa dilakukan sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.01 petang.

Katanya, seramai 19 anggota bersama dua jentera membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.

“Kanak-kanak itu baru lepas bergaduh dengan ibunya berhubung masalah telefon (bimbit).

“Pihak Bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Suhaimi berkata, seorang pegawainya, Ismarulnizam Isnin berbual dan berjaya memujuk mangsa masuk ke dalam.

“Ismarulnizam mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum mangsa sendiri menghulurkan tangannya untuk masuk ke dalam.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun berjumpa dengan Komander Operasi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kes diselesaikan pada 4.49 petang.

Post a Comment

0 Comments