‘Ustaz’ Tidur Tepi Jalan Di Eropah Rupanya Mempunyai Kes Cabul Dan Tipu Duit?


Tular mengenai seorang ‘ustaz’ dua minggu lalu yang sanggup tidur di tepi jalan bersama bayi dan isterinya mendapat respon pelbagai daripada netizen. Ramai sebenarnya yang tidak selesa dengan cara lelaki tersebut yang dikatakan berbuat demikian kerana mahu ‘berjimat’.
Namun semalam berdasarkan satu posting di Facebook, timbul pula kisah lain yang jauh lebih ‘dahsyat’ daripada apa yang dibuat oleh ‘ustaz’ ini.
Berdasarkan perkongsian ini, individu berkenaan yang mendakwa dirinya sebagai ‘shaikh tarikat’ dilihat sebagai seorang yang alim di hadapan anak didiknya.
Bukan itu sahaja, beliau turut mengeluarkan kenyataan bahawa ‘seorang Guru tidak akan melakukan kesilapan atau kesalahan’. Beliau mengajar para pengikutnya (terutamanya yang wanita) dengan mengatakan kedudukan SEORANG GURU LEBIH TINGGI daripada kedudukan suami. Disebabkan itu anak-anak murid perempuan kena lebih patuh dan taat pada guru.
Selepas beliau kantoi, beliau merayu kepada salah seorang mangsa supaya tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu ayah dan ibunya di kampung tahu akan perbuatannya. Mangsa bersetuju untuk tidak membuat laporan polis dengan syarat, beliau mestilah menutup Facebooknya, berhenti menjadi syaikh tarikat dan tidak lagi merekrut orang baharu sebagai muridnya. Terdapat audio rakaman pengakuan dan janji untuk menghentikan aktiviti kumpulannya dari ‘ustaz’ tersebut dalam perjanjian itu. 
Namun, perjanjian yang dibuat pada tahun 2017 itu telah dilanggar apabila beliau aktif semula di Facebook dan giat mencari dana yang katanya untuk membina khankah (tempat zikir). Beliau telah menggunakan anak-anak muridnya untuk mengumpul dana bagi tujuan itu daripada orang awam. Namun, menurut laporan bekas muridnya, dana tersebut telah digunakan untuk membayar hutang perniagaan pertubuhan beliau.
ustard
‘USTAZ’ BERGAMBAR DI LAPANGAN TERBANG KONYA HAVALIMANI, TURKI
Ustaz tersebut juga pernah meminta sumbangan pada orang ramai dengan ayat bahawa beliau mahu sambung belajar agama. Ramai yang hadir menghulurkan bantuan tetapi lain pula yang berlaku. Beliau sekali lagi ‘bangga’ kerana berjaya pusing 40 negara termasuk di Eropah dengan alasan nak tulis buku travelog.
Menerusi maklumat daripada sumber kami yang tidak mahu identitinya didedahkankan, sebanyak TUJUH LAPORAN POLIS telah dibuat berkenaan si pelaku.
Carilah guru yang mursyid yang benar-benar warak yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar, kerana di luar sana masih terdapat ramai guru agama yang berkelayakan dan benar-benar faham agama.
Ciri-ciri syaikh tarikat yang benar berpaksikan syariat agama menurut Syaikh Maulana Ashraf Ali al-Thanwi:
1. Takut kepada Allah SWT dalam setiap perkara dan keadaan.
2. Menjaga segala sunnah-sunnah Rasul صلى الله عليه وسلم 
3. Lari dari kemahsyuran dunia dan pandangan manusia.
4. Tawadhuk dan kerendahan hati.
5. Menjaga batas pergaulan lelaki wanita. Tidak bermudah-mudah dalam soal ikhtilat.
6. Tidak tunduk kepada dunia dan keinginan nafsu.
7. Orang yang melihatnya menyebabkan teringat akan kehidupan akhirat.
8. Tidak menghasilkan dunia dengan tarikatnya.
9. Tiada apa-apa pertentangan antara kata-kata dan amalannya.
10. Senantiasa sibuk dengan ilmu-ilmu yang akan memberikannya manfaat di akhirat, yang akan menambahkan kegemaran ke arah amal soleh, sebaliknya dia akan mengelakkan diri daripada ilmu-ilmu yang tidak memberi apa-apa manfaat untuk akhirat ataupun manfaatnya kurang.
10. Tidak akan memberi kepentingan kepada kebagusan dan keelokan makanan dan pakaian sebaliknya mereka mengambil jalan sederhana dalam perkara-perkara itu dan mereka akan mengikut tauladan para ahlullah.
11. Setiap pergerakan dan diamnya berserta dengan sifat takutkan Allah SWT Kesan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah SWT terserlah daripada setiap perlakuannya, pakaiannya, amalannya, percakapannya dan diamnya sehingga setiap pergerakannya menyerlahkan ketakutannya kepada Allah.
Pada ketika ini, ‘ustaz’ berkenaan sudah hilang daripada Facebook dan tidak dapat dihubungi. Semoga semua dapat ambil ikhtibar dan lebih berhati-hati dengan golongan ‘ustaz’ sebegini yang boleh memesongkan akidah kita.

Post a Comment

0 Comments