TM Tawarkan Langganan PERCUMA Hingga 31 Disember 2019 Untuk Pengguna Baru Dan Lama


Telekom Malaysia kini hadir dengan sebuah promosi baru dinamakan sebagai “Pay Nothing”, sekaligus menawarkan langganan percuma untuk perkhidmatan Unifi sehingga 31 Disember 2019 ini.
Melalui promosi baru ini, ia terbuka kepada pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada. Untuk pelanggan baru, anda hanya perlu mendaftar pakej terpilih dan menikmati langganan bulanan percuma sehingga 31 Disember 2019 ini.
Untuk pelanggan sedia ada pula, anda perlu memperbaharui kontrak langganan selama 24 bulan lagi, dan anda akan dapat menikmati langganan internet Unifi percuma sehingga 31 Disember 2019 kelak.
Untuk menikmati promosi ini, pakej yang terpilih adalah Unifi 300Mbps RM199 sebulan, Unifi 100Mbps + TV RM159 sebulan, Unifi 100Mbps RM129 sebulan, Unifi 30Mbps VDSL RM139 sebulan, Unifi 30Mbps Unlimited RM89 sebulan, dan juga Unifi 50Mbps Unlimited RM99 sebulan.
Pelanggan sedia ada boleh menikmati promosi ini dengan membuat pembaharuan kontrak melalui laman rasmi Unifi Self-Care hari ini, sekaligus menikmati internet secara percuma tanpa bayaran bulanan sehingga 31 Disember 2019 kelak.
Bagi anda yang menggunakan talian Unifi di rumah atau pejabat, mungkin boleh mengambil kelebihan ini, dan menikmati langganan percuma sehingga 3 bulan melalui promosi ini hari ini.
Untuk Langganan : UNIFI PAY NOTHING

Post a Comment

0 Comments