The Alley Jual 5 Liter Bubble Tea Dengan Harga RM79


Jika anda tak tahu nak buat apa dengan duit anda, mungkin anda boleh habiskan dengan membeli satu botol besar minuman bubble tea lebih-lebih lagi jika anda peminat tegar minuman tersebut.
Terbaru, rangkaian minuman bubble tea popular The Alley melancarkan minuman tersebut dalam saiz botol 5 liter pada 4 Oktober lalu.
Bukan itu saja, dengan membeli minuman 5 liter itu, anda boleh sertai cabaran The Alley dan menangi 5 liter lagi minuman bubble tea kegemaran anda.

Untuk menangi 5 liter tambahan, anda dikehendaki menyahut cabaran tongue twiter dalam pada 12 saat dan dapatkan diskaun sebanyak 12% untuk minuman 5 liter.
Memetik laporan Mothership, minuman 5 liter itu dijual pada harga RM79 dan akan dikenakan bayaran kira-kira RM69.50 selepas diskaun.
Kemudian kongsikan gambar anda bersama minuman 5 liter tersebut di media sosial. Pemenang yang terpilih akan diberi ganjaran dengan minuman 5 liter percuma.

Rupanya ramai dah sertai, ini antara gambar-gambar yang dikongsikan oleh mereka yang ‘gila’ bubble tea.

Post a Comment

0 Comments