Sudah mula rindu, Arfan berulang kali panggil ‘abi’ di majlis pengebumian


“ANAK arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali malam tadi kerana terlalu rindu sebelum dia teruskan tidur.
“Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka,” kata Fauziah Dollah, 63.
Fauziah adalah ibu kepada Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, yang maut bersama suaminya, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30.
Mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur 8.30 pagi semalam selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang lori.

Afan banyak kali panggil abi..abi

Namun, ketika urusan pengembumian sedang dilakukan, keadaan bertukar bertambah hiba apabila Afan yang sudah mula merindui kedua ibu bapanya, berulang kali memanggil ‘abi’ iaitu panggilan untuk Syakiran.
Mengulas lanjut Fauziah berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga cucunya, Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan kerana cucunya itu sangat rapat dengannya sekeluarga terutama anak bongsu, Diana, 25.
“Arfan tidak boleh bercakap, tetapi malam tadi dia panggil ibunya beberapa kali, dia sangat rindukan ibunya kerana mereka rapat.
“Selepas kejadian itu, Arfan seperti tercari-cari ibu dan abinya serta tidak ceria.
“Dia juga kurang minum susu dan hari ini baru nampak wajahnya sedikit ceria kemungkinan gembira dengan kehadiran orang ramai di rumah kami.
“Walaupun sedih dengan nasib cucu tetapi saya reda dengan pemergian anak dan menantu dalam kemalangan itu,” katanya ditemui di Jalan Taman Sri Talang, Kadok, Kota Bharu hari ini.

Fauziah bersama Muhammad Arfan Ziqri ketika ditemui di rumahnya di Kadok hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Menurutnya, arwah anak dan menantu kerap pulang ke kampung apabila mereka cuti dan tiada perubahan ditunjukkan ketika mereka pulang bulan lalu.

Sumber: Harian Metro, OMM

Post a Comment

0 Comments