‘Pada Mulanya Iman Hanya Terhantuk Di Kerusi & Benjol Biasa’


Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan anak yang dikandung selama 9 bulan jatuh sakit. Tambah memilukan apabila doktor mendapati terdapat ketumbuhan di bahagian kepala hadapan dan belakang bola mata anak kecil itu.
Perkongsian pengguna Facebook Nursasabila Kamarulzaman pastinya menyentuh hati mana-mana insan apabila anak lelakinya tiba-tiba jatuh sakit selepas kepalanya terhantuk akibat terjatuh.

Iman hanya terhantuk biasa sahaja

Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, mama dan papa redha akan ujian Allah ini.
Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah disebalik dugaan yang diberi. Pada mulanya Iman hanya terhantuk biasa sahaja. Iman bukan jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia cedera luka.
Hanya terhantuk di kerusi dan benjol biasa sahaja. Kami membawa Iman ke hospital untuk periksa keadaan kepala Iman. Selepas ujian X-ray dibuat, keputusan X-ray menunjukkan memang ada kesan benjol tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius. Kami pulang ke rumah dengan hati tenang, selepas seminggu Iman demam on off.
Kami bawa Iman ke klnik swasta biasa untuk ambil antibiotik, seminggu Iman ambil antibiotik Iman masih lagi demam on off. Jadi kami ambil keputusan untuk bawa Iman ke hospital semula untuk follow up kes iman jatuh tu.

Iman dimasukkan di zon kuning

Kepala Iman pun naik benjol besar sikit dari mula-mula dia benjol. Sampai di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Iman terus dibawa ke bahagian kecemasan dan diletakkan di zon kuning.
Selepas diperiksa darah hemoglobin Iman rendah dan ct scan dibuat. Hantukan yang dialami Iman terkena betul-betul di saraf darah di kepala nya. Hasil ct scan Iman menunjukkan memang ada pendarahan di dalam kepala Iman.
Luluh dan remuk hati mama mendengar apa yang pihak hospital katakan. Iman terus dimasukkan ke wad dan bantuan darah diberikan, semasa di wad doktor ada memanggil kami untuk memaklumkan hasil ct scan yang dibuat. Ada juga dijumpai ketumbuhan di kepala bahagian hadapan dan dibelakang bola mata Iman.
Ketumbuhan itu terjadi dari kelenjar yang aktif dan semakin teruk bila Iman demam dan darah dijangkiti kuman. Seminggu Iman di wad diberi antibiotik untuk membunuh kuman yang ada, tapi Iman tetap demam.

Kena ambil tulang sum-sum

Jadi pada hari ini iman disarankan untuk ambil sum-sum tulang belakang. Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yang dialami Iman. Kami akan menunggu keputusan dari pihak hospital atas ujian sum-sum tulang Iman.
Mama dan papa berharap agar keputusan yang diterima adalah keputusan yang menggembirakan dan Iman akan dirawat dengan secepatnya.

Post a Comment

0 Comments