Kisah Sayu Keluarga Naik Motor Bawa Anak Kecil ‘Berpindah’ Dari Sungai Besi Ke Melaka


Setiap pasangan suami isteri pasti akan diuji dugaan dari pelbagai segi. Saat itu, kita akan dapat melihat siapa yang mampu bertahan atau sebaliknya. Jika gagal menempuhi dugaan ini, pasti ada yang akan memilih jalan perpisahan.
Tetapi tidak bagi pasangan ini yang sanggup susah senang bersama. Walaupun terpaksa menunggang motor dalam hujan, mereka tetap tabah mengharungi keperitan hidup bersama. Apa yang lebih menyedihkan, pasangan ini bersama seorang anak kecil sebenarnya dalam perjalanan berpindah ke Melaka. Sebaknya.

Anak kecil dikendong isteri atas motor

(sekadar gambar hiasan)
Story 1 (Petron Sungai Besi)
Ada baby, hujan lebat sebelum Tol Sungai Besi, mungkin nak balik Melaka sebab no. plate melaka. Ya Allah, permudahkan urusan abg dan akak ni serta murahkanlah rezekinya.. Aminn..
Story 2 (susur selepas Kajang arah Selatan)
Hati rasa bersalah sangat kalau tak tumpangkan, kejar punya kejar jumpa balik family ni atas highway tengah berhujan lebat. Kesian betul tengok anak kecik yang dikendong si isteri. Terasa bergenang air mata terbayang kot kita dekat situasi mereka. Saya turun tingkap tanya dekat abang tu.

Tumpangkan sampai Melaka

(sekadar gambar hiasan)
Saya : Nak saya tumpangkan tak? Kebetulan saya nak ke melaka, saya jerit dari dalam kereta.
Abang Lan : Okay takpe, boleh ini.
Saya : Paksa lagi ‘Kesian dekat anak tu bang berhujan lebat ni’ Abang tu mula setuju berhenti tepi highway, abang nak ke mana?
Abang Lan : Nak balik ke Jasin, exit Tol Ayer Keroh.
Saya : Kebetulan memang nak ke melaka dan exit Ayer Keroh, deal dengan abang tu nanti kite jumpa di plaza Tol Ayer Keroh saya bawakkan dulu isteri dengan anak abang. Jelas nampak kelegaan muka abang tu anak dan isteri dah tak berhujan.

Pindah dari KL ke Melaka

(sekadar gambar hiasan)
Story 3 (dalam kereta menuju ke melaka)
Akak tu diam tak banyak cakap, mungkin segan..
Saya : Akak orang Melaka ke?
Akak : Saya orang kelana jaya, suami orang melaka.
Saya : Jauh naik moto dari KL ke Melaka?
akak : Ambik barang sikit-sikit dari rumah lama bawak ke melaka.
Saya : Akak pindah rumah ke?
Akak : Ye, saya dan suami baru pindah. Dah orang tak bagi kami duduk situ terpaksa la kami pindah ke melaka. Nk cari rumah sewa lain mahal tak cukup duit. Kami pindah dulu duduk dengan keluarga abang Lan.

Tinggal serumah dengan mak ayah di Kelana Jaya

(sekadar gambar hiasan)
Selidik punya selidik sebelum ni tinggal serumah dengan mak ayah di Kelana Jaya. Taknak cerita lebih dekat sini tapi kesian dekat anak yang masih kecik dah kena pindah randah. Anak dia pon hampir sebaya dengan anak sendiri. First time kata akak tu keluar dari rumah keluarga dan duduk dengan suami. Nampak jelas raut wajah sedih akak tu. Banyak termenung dalam kereta. Anaknye pon baik, rupa pon elok sempat mintak salam sebelum naik moto dengan bapaknya. Nampak pon cerdik, abang doakan adik berjaya dunia akhirat.
Lega rasa dapat tumpangkan akak dan anak dia tadi. Hujan memang lebat dari KL ke Melaka hampir sepanjang perjalanan. Tak boleh nak bayangkan kalau abang Lan tak setuju untuk tumpangkan anak dan isteri dia tadi. Saya doakan abang Lan dan akak dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian di dunia serta akhirat.. Aminn.. Insya’allah
#muhasabahdiri
Sumber : Khairi Kahar

Post a Comment

0 Comments