‘Isteri Sedang Hamil Anak Kembar’ – Pasangan Maut Kemalangan, Tinggal Anak 2 Tahun Yatim Piatu


Pasangan suami isteri, Muhammad Syakiran Shamsuddin dan Nurul Ashikin Kamarudin maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di susur keluar Jalan Syed Putra. Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja isteri di Jalan Raja Laut manakala suami bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.
Apa yang lebih menyedihkan apabila allahyarham Nurul Ashikin sedang hamil anak kembar. Mereka turut meninggalkan seorang anak lelaki yang baru berusia dua tahun. Sebak!

Jumpa buku merah jambu

Menerusi Harian Metro, kakak mangsa mengetahui berita kehamilan tersebut selepas bedah siasat ke atas mayat dijalankan. Mereka sekeluarga sangat sedih kerana kandungan kembar tersebut sudah memasuki dua bulan.
Keluarga memang terkejut sebab kami belum dimaklumkan mengenai kandungan arwah, mungkin kerana usia kandungan masih awal.
Namun, saya dimaklumkan oleh adik-beradik yang berada di Kuala Lumpur, mereka menemui buku merah jambu (buku pemeriksaan kandungan) dalam beg tangan Nurul Ashikin.
Lebih memilukan apabila kami baru berkumpul di rumah arwah beberapa hari lalu kerana berjalan-jalan di Kuala Lumpur.
Di Facebook, orang ramai sebak melihat kesedihan yang terpaksa ditanggung anak lelaki, Muhammad Arfan Ziqri yang kehilangan ibu bapanya sekelip mata. Dalam usia yang sebegitu kecil, dia kehilangan kasih sayang kedua orang tua.

Sayu hati tengok

Allah sayu hati tengok gambar anak kecil ini kehilangan ibu dan ayah meninggal disebabkan kemalangan. Anak kecil ini sebaya dengan anakku. Aku sangat mengerti perasaan anak kecil ini selepas kehilangan ibu dan ayah disaat diri sangat memerlukan kasih sayang.
Takziah buat keluarga Muhammad Syakiran bin Shamsuddin dan Nurul Ashikin binti Kamaruddin. Semoga arwah ditempat di kalangan orang-orang yang beriman.

‘Kalau mama balik malam, tidur dengan acik dulu ya’

Anak ini kuat
Pagi tadi ibu Afan pesan kalau mama balik malam, tidur dengan acik (pengasuh) dulu ya dik. Usia Afan hampir 2 tahun, belum mengerti apa apa lagi. Anak ini kuat, Allah beri ujian kepada hamba NYA yang mampu hadapi. Pagi tadi juga Ibu (staff JKR) dan ayah (anggota IPD Shah Alam) Afan meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal di Kuala Lumpur.
Ketika ini, kita merasakan sebak dan sedih melihat raut wajah anak kecil ini, kita pujuk hati kita. REALITI nya. Allah jaga anak ini. Ada rezeki yang Allah dah titipkan dan tentukan buat adik Afan. YA Allah peliharalah anak ini. Datangkan kasih sayang dari ibu ayah saudara yang penyayang. Hadirkan hamba Allah yang prihatin menjaga, mendidik dan mengasuhnya.
Jadikan adik Afan sebagai asbab ibu ayahnya ditempatkan di kalangan hamba hambaMu yang soleh dan tempatkan mereka di syurga abadi.
AL-FATIHAH buat ayah ibu Afan. Allahyarham L/Kpl Muhammad Syakiran Samsudin dan Allahyarhamah Nurul Ashikin Kamaruddin

Post a Comment

0 Comments