iPhone 11 Pro Dengan Cebisan Baju Steve Jobs Mula Dijual Dengan Harga RM26,298

Lapan tahun selepas pemergian Steve Jobs, kebanyakan peminat Apple serta para pekerja Apple seolah masih menagih khidmatnya. Menawarkan produk yang penuh inovasi serta disukai semasa era beliau antara yang membuatkan jenama ini gah sehingga kini.
Terbaru, mengetahui peminat Steve Jobs yang masih ramai, syarikat Caviar tampil dengan sebuah model yang menggabungkan iPhone terbaru bersama watak ikonik Apple iaitu Steve Jobs dengan menyertakan cebisan baju Steve Jobs pada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max.
Screen Shot 2019-10-17 at 1.14.35 PM
SUMBER: CAVIAR
caviar_11pro_superior_jobs__photo2
SUMBER: CAVIAR
Dinamakan sebagai iPhone 11 Pro Superior Jobs, model edisi terhad ini dihasilkan khas buat peminat Steve Jobs yang mahu mendapatkan iPhone terbaru. Lebih ikonik, model ini turut hadir dengan rekaan dwi-tona seakan iPhone generasi pertama beserta tandatangan Steve Jobs yang diukir.
Apple iPhone 11 Pro Superior Jobs keluaran Caviar ini sedia dimiliki dengan harga bermula daripada $6,280 (RM26,298) manakala model 11 Pro Max ditawarkan pada harga $6,740 (RM28,224). Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Post a Comment

0 Comments