Didakwa Elak Bayar Tol, Langgar Belakang, Identiti Honda Jazz Merah Didedah Netizen


Seperti yang sedia maklum, pemandu yang memandu kenderaan di atas jalan raya perlu membayar tol mengikut jarak yang dilalui. Namun begitu, terdapat juga sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna yang mengelak daripada tanggungjawab tersebut.
Menerusi rakaman video yang tular baru-baru ini, sebuah kereta Honda Jazz berwarna merah didakwa tidak membayar tol ketika melalui sebuah plaza tol. Menerusi rakaman tersebut, kereta berkenaan dilihat mengekori rapat sebuah kenderaan yang sedang melalui plaza tol yang sama.
Walau bagaimanapun, percubaannya untuk melepaskan diri daripada membayar tol itu gagal apabila kenderaan dihadapannya tidak bergerak. Disebabkan itu, pemandu Honda Jazz merah berkenaan mengundurkan keretanya untuk memasuki laluan yang lain.
Seorang pemilik Facebook menggunakan nama Shazmie Ilias dipercayai merupakan pemilik kenderaan yang dilanggar, memuat naik posting ditujukan khas buat pemandu Honda Jazz berkenaan.
Pemandu Honda Jazz itu kemudian memecut laju sebaik menukar laluan di plaza tol tersebut.
Menerusi rakaman tersebut, segelintir netizen jelas tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu berkenaan.
“Buat report polis langgar lari”
“Amende la make up keta boleh tapi bayar tol tak boleh”
“Miskin sangat ke nak bayar tol”
Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa orang pengguna Facebook cuba mendedahkan identiti disebalik plat nombor Honda Jazz merah berkenaan.
Sumber: Shazmie Ilias

Post a Comment

0 Comments