‘Bukan Semua Ahli Politik Gilakan Wang, Kuasa. Saya Bangga Pakai Proton Inspira’ – Syed Saddiq


Menjadi seorang ahli politik bukanlah suatu perkara yang mudah kerana mereka semestinya akan sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Setiap perilaku, tutur kata dan keperibadian mereka pasti akan dinilai dan menjadi buah mulut netizen tanpa mengira masa dan tempat. Namun dengan kemudahan media sosial yang ada pada hari ini, ramai dari kalangan ahli politik sendiri dilihat sering memberi reaksi balas terhadap komen yang ditujukan kepada mereka.
Terbaru, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan respon peribadinya terhadap pandangan seorang pengguna Twitter berhubung penggunaan kereta mewah dalam kalangan ahli politik.

Guna kereta terpakai

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter rasminya, Syed Saddiq berkata beliau sendiri menggunakan sebuah kereta terpakai jenis Proton Inspira ketika ini.
Jelasnya, tidak semua ahli politik menggilakan kuasa dan wang malah katanya pembabitannya dalam dunia itu juga adalah untuk membersihkan ‘dunia politik’.
Status itu dimuat naik Syed Saddiq sebagai respon kepada tweet seorang netizen yang membangkitkan isu penggunaan kereta dalam kalangan ahli politik.

Respon netizen

Ternyata perkongsian yang dibuat Syed Saddiq itu mendapat reaksi berbeza dari kalangan pengguna Twitter yang lain.
Ada yang memuji keperibadian pemimpin muda itu, malah tidak kurang ada juga yang seolah-olah mempersoal kesahihan kenyataan yang dibuat Syed Saddiq kerana menurut mereka ia seakan berbeza dengan kereta yang sedang dipakai pemimpin itu ketika ini.

Post a Comment

0 Comments