#Bajet 2020 : Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Anak-anak Mulai Tahun Depan

Ada berita gembira bagi ibu ayah semua. Dalam Bajet 2020 yang dibentangkan sebentar tadi, KKM telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 60 juta bagi suntikan vaksin Pneumokokal yang akan diberikan secara percuma kepada anak-anak kita, sebagai sebahagian dari Program Immunisasi Negara.


Sebelum ini, ianya merupakan vaksin tambahan yang diambil di klinik luar dengan anggaran kos RM200 – RM300. Wah, untung kan?
Jom ambil tahu serba sedikit tentang vaksin pneumokokal di Malaysia serta kepentingannya.
Vaksin pneumokokal percuma 2020


KEPENTINGAN VAKSIN PNEUMOKOKAL

Pneumokokal adalah sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga.
Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan serius antaranya:
1. Radang paru-paru
2. Meningitis – radang pada selaput yang kelilinh saraf tunjang dan otak
3. Sepsis – jangkitan bakteria dalam darah
4. Sinusitis – jangkitan pada sinus
5. Otitis media – jangkitan telinga tengah


Walaupun jangkitan bakteria ni mampu dirawat dengan antibiotik, namun dengan kemungkinan komplikasi yang teruk yang boleh membawa maut, lebih bagus kalau ia dicegah melalui immunisasi.
Jadi sebab itulah vaksin pneumokokal ni penting dan elok sangatlah dijadikan sebahagian daripada vaksin wajib dalam Program Imunisasi Kebangsaan.

PELBAGAI LAGI PENAMBAHBAIKAN DALAM SEKTOR KESIHATAN DALAM BAJET 2020

Secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan RM 30.6 bilion bagi infrastruktur kesihatan dan perlindungan kesihatan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2020.
Selain membina dan menaiktaraf hospital, klinik, serta perkhidmatan kesihatan, beberapa inisiatif baru turut diperkenalkan contohnya membenarkan pengeluaran KWSP bagi pasangan yang menjalani IVF serta rawatan kesihatan tanpa cukai.


Post a Comment

0 Comments