Bagai ‘Mayat Hidup’, Derita Isteri 4 Tahun Tidak Diberikan Nafkah…Pertemuan Dengan Peguam Ini Mengubah Hidupnya


Penceraian merupakan satu perkara yang sangat ditakuti buat mana-mana pasangan yang telah berkahwin. Bagaimanapun, langkah itu mungkin terpaksa diambil sebagai penyelesaian terakhir bagi menyelamatkan diri dari terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang gagal dan penuh tragis.
Perkongsian seorang peguam syarie di laman Twitter Raficounsel ini mungkin boleh dijadikan iktibar buat pasangan di luar sana khususnya wanita agar tidak terus tersekat dalam perkahwinan yang penuh menyeksakan.

Tolong selamatkan adik dari suaminya

Memulakan kisahnya, peguam ini berkata dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang meminta bantuan untuk menyelamatkan adiknya daripada suami. Menurut lelaki itu, dia sudah tidak sanggup melihat keadaan adiknya yang tidak terurus sepanjang perkahwinan bersama suami.

Perkahwinan bermasalah

Menurut peguam ini, melihat kepada keadaan wanita terbabit jelas terpancar kehidupannya yang penuh menyedihkan. Apatah pula, fizikal wanita itu dilihat seperti ‘zombi’ kerana dirinya yang terlalu kurus dan tidak terurus seperti wanita normal yang lain.

Suami pemalas dan panas baran

Menurut wanita itu, dia pernah berbincang dengan suaminya agar mereka berpisah secara baik namun ditolak.

Pernah ditumbuk di perut

Bahkan apa yang menyedihkan, wanita itu juga mendakwa dirinya pernah ditumbuk di bahagian perut oleh suami di saat dia sedang menghamilkan anak pertamanya kerana meminta untuk dilepaskan.

Bicara sebelah pihak

Mendengar kisah wanita tersebut, peguam yang bernama Muhammad Syarafi ini berkata dia nekad untuk meneruskan perbicaraan di mahkamah secara sebelah pihak memandangkan lelaki tersebut tidak memberikan kerjasama dengan menghadirkan diri ke mahkamah.

Tak hasrat untuk panjangkan prosiding

Peguam ini juga berkata pihaknya tidak berhasrat untuk memanjangkan masa dan prosiding mahkamah.
Malah, beliau turut cuba meyakinkan mahkamah bahawa tiada keperluan untuk menghadirkan seorang suami yang sudah hilang rasa tanggungjawab dalam rumah tangganya.

Perkahwinan dibubarkan

Perbicaraan secara sebelah pihak dibenarkan mahkamah. Cerita peguam ini, setelah mendengar semua keterangan dari pihak pemohon dan saksi, mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan di antara dua individu terbabit dibubarkan secara taklik.

Dibebaskan selepas 4 tahun

Selepas 4 tahun setengah, akhirnya wanita itu dibebaskan dari sebuah perkahwinan yang tiada kebahagiaan.

Cerai taklik

Peguam ini berkata selain daripada penceraian secara talaq yang dilafazkan oleh suami, penceraian secara taklik juga boleh dilakukan di mana mahkamah berkuasa 100% untuk membubarkan perkahwinan sekiranya terbukti wujud ‘syiqaq’ dalam perkahwinan.

Jangan takut

Jelasnya lagi, terdapat pelbagai jenis pembubaran perkahwinan yang boleh dituntut iaitu secara taklik, fasakh dan tebus talak.

Post a Comment

0 Comments