Sebut sahaja Da Lat, pasti anda sudah
terbayang keindahan bunga-bungaan, kehijauan bukit dan banyak lagi yang menjadi
destinasi pilihan orang ramai.
Bagi anda yang tidak tahu, Da Lat yang
terletak di selatan Vietnam ini dikenali sebagai The City of Eternal Spring dan
sesuai dengan namanya anda dapat melihat keindahan bunga yang mekar di sini.
Tidak tahu tempat menarik yang ada jika melancong
ke Da Lat? Jangan risau, kami senaraikan 5 tempat menarik dan awesome yang
anda boleh kunjungi.
1. Da Lat Flowers Garden
Bagi anda yang gemar melihat keindahan bunga, di sinilah tepat yang sesuai. Terdapat lebih daripada 300 jenis bunga di Dalat Flower Gardens. Antara tanaman bunga yang terkenal ialah kaktus gergasi, orkid, bunga mawar, mimosa, dan hidrangea. Pasti banyak gambar yang anda boleh ambil untuk dikongsikan pada rakan media sosial anda.2. Ho Than Tho
Ho Than Tho atau dikenali sebagai Lake of Sights, merupakan tasik semulajadi yang merupakan destinasi terkenal. Bukan sahaja cantik, tetapi sangat sesuai untuk anda yang datang bersama pasangan kerana dapat melakukan aktiviti seperti berkayak, menaiki kereta kuda dan banyak lagi.
3. Datanla Waterfalls
Air Terjun Datanla merupakan antara air terjun yang terkenal di Dalat. Anda akan dihadiahkan dengan keindahan air terjun yang cukup menakjubkan dan anda juga boleh mencuba rollercoaster mini di sini.
4. Crazy House
Hang Nga Guest House dan Galeri Seni ini dikenali sebagai Crazy House kerana rekaannya seperti sebatang pokok. Malah, rekaannya yang unik dan bilik-biliknya yang hadir dengan pelbagai tema menjadi tarikan utama mereka yang gemar bergambar. Walaupun anda tidak menginap di sini, tetapi anda boleh bergambar di sini.
5. Dalat Market
Tidak lengkap jika pergi melancong tidak
membeli-belah. Dalat Market merupakan tempat membeli-belah yang terkenal di
sini kerana anda boleh mencuba pelbagai makanan tempatan yang murah pada waktu
siang dan membeli cenderamata pada waktu malam.
Jika anda tercari-cari destinasi
pelancongan, anda boleh datang melancong ke Da Lat dan nikmati pemandangan yang
indah di sini. Malah, tidak lama lagi AirAsia akan membuka laluan terus ke Da Lat.
Tags:
Travel