[VIDEO] Viral Lelaki Pukul Bekas Isteri, Dah Kena Tahan Polis Tapi Dilepaskan Sebab Tekanan Perasaan


Baru-baru ini viral di laman media sosial tentang perilaku keji seorang lelaki yang bertindak memukul bekas isteri dan bapa mertuanya sehingga cedera di tempat awam. Perkara itu telah didedahkan seorang teman rapat kepada wanita tersebut dan mendapat perhatian rata-rata netizen.
Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku disebabkan oleh konflik rumah tangga yang berlaku di antara pasangan itu.

Berlaku pada 4 September

Menurut laporan tersebut, kejadian itu berlaku di Jalan Utarid, Sungai Buloh pada pukul 12:15 tengah hari 4 September lalu.
Video mengenai kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan telah menjadi tular di Facebook dan Twitter selepas dikongsikan seorang wanita yang juga merupakan teman rapat kepada mangsa.

Nak periksa tayar tapi lain yang jadi

Menceritakan tentang kejadian itu, seorang sumber yang telah dihubungi portal itu berkata mangsa bersama bapanya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan urusan di Shah Alam.
Namun, ketika sedang memandu mangsa yang merupakan bekas isteri kepada pelaku menyedari tayar keretanya telah pancit disyaki ditoreh.
Mangsa memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk memeriksa tayar sebelum menyedari kereta dipandu bekas suaminya berusia 34 tahun berhenti berhampiran.
Suspek kemudian bertindak menghentak kepala mangsa dan bapanya di permukaan jalan sehingga menyebabkan pergelutan.

Disedari orang awam

Kejadian itu telah disedari orang awam yang berada disitu. Bagaimanapun ceritanya, lelaki tersebut berjaya melarikan diri dan beredar dari lokasi tidak lama kemudian.
Selepas kejadian, mangsa seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis USJ8, Subang Jaya.
Lelaki terbabit kemudian beredar dari lokasi manakala mangsa dan bapanya bergegas ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Akibat kejadian itu, bapa mangsa menerima tiga jahitan di kepala manakala mangsa hanya mengalami cedera ringan

Suspek ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu berkata suspek telah ditahan dan memberi keterangan pada 9 September lalu.
Bagaimanapun katanya, suspek tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas dimaklumkan mengalami masalah tekanan perasaan.
Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh ketika tampil memberi keterangan berkaitan kes itu kira-kira jam 12 tengah hari pada 9 September lalu.
Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan pada hari sama.
Suspek turut mengemukakan surat rujukan perubatan memaklumkan dia disahkan mengalami tekanan perasaan.
Katanya, polis masih menunggu laporan penuh perubatan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sebelum ini, kisah tersebut tular dan lelaki itu dikatakan telah mendera fizikal dan mental isterinya berkali-kali. Dikatakan juga, lelaki itu cuba mengugut untuk mengambil anak mereka daripada bekas isterinya selain mahu melakukan perkara yang lebih dasyat terhadap wanita itu.

Post a Comment

0 Comments