[VIDEO] Tomok Terkejut Raja Permaisuri Agong Jemput Anak Ke Istana Selepas Nyanyikan Lagu Birthday


Seperti yang kita semua tahu, semalam merupakan sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berikutan daripada itu, satu video anak-anak kepada penyanyi kumpulan terkenal era 90-an New Boyz, Tomok telah dimuat naik yang menyaksikan mereka menyanyikan lagu hari lahir buat Agong yang disayangi.
Tanpa diduga, video itu telah sampai ke pengetahuan Raja Permaisuri Agong  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas di ‘tag’ pengguna Twitter.

Dijemput ke istana


Bagaikan mimpi, kedua-dua anak Tomok tersebut kemudiannya telah dijemput sendiri oleh Raja Permaisuri Agong ke istana negara.
Perkara itu dikongsikan Tomok menerusi laman Instagramnya hari ini.
Ini betul-betul ke cobaan? Jemputan dari Tuanku Agong untuk anak-anak saya ke istana negara.

Borak-borak pasal ‘birthday’ Agong


Terdahulu, video itu telah dimuat naik di laman sosial Instagram dan Twitter isteri kepada Tomok, Rahayu Abas.
Katanya, dia bersama dua anaknya itu bercerita tentang hari lahir Agong selepas memaklumkan kepada mereka bahawa semalam merupakan cuti persekolahan sempena sambutan hari kelahiran Baginda.
Video tersebut seterusnya berjaya menarik perhatian pengikut mereka yang rata-ratanya geram dengan kecomelan dan kebijaksanaan dua kanak-kanak itu.

Cutenya… Dari mana ni

Selepas di’tag’ oleh pengguna Twitter SoldatenV berhubung video tersebut, Tunku Azizah membalas dengan menyatakan bahawa kedua kanak-kanak itu kelihatan comel dan berhasrat untuk menjemput mereka ke istana negara.
Wah… untungnya Arrian dan Andra ye… Kecil-kecil lagi dah dijemput ke istana.

Sumber: Instagram Tomokofficial, ayu_abas, SoldatenV

Post a Comment

0 Comments