[VIDEO] Tindakan Honda CRV Memasuki Lorong Kecemasan Buatkan Ambulan Terbabas


Umum tahu lorong kecemasan hanya boleh digunakan kenderaan untuk tujuan kecemasan. Penggunaan lorong ini secara sewenang-wenangnya bakal dikenakan tindakan.
Baru-baru ini telah berlaku sebuah kemalangan dari Genting Sempah menuju ke tol Gombak dimana dimana sebuah Honda CRV yang berada di lorong tengah lebuhraya terus memasuki lorong kecemasan. Anda boleh tonton video dibawah melalui perkongsian Raymond Ng melalui Group Facebook DashCam Malaysia.
Tindakan beliau meskipun memberi signal kiri lantas memasuki lorong kecemasan telah mengakibatkan kemalangan dari tepi apabila sebuah ambulan dari belakang turut menggunakan lorong tersebut. Lebih parah, pelanggaran tersebut telah membuatkan ambulan tersebut terbabas.
Para netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kecuaian Honda CRV yang tidak peka dengan kehadiran ambulan serta menggunakan lorong kecemasan. Setakat ini masih belum diketahui keadaan mangsa ambulan. Sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut mengenai kes ini.

Post a Comment

0 Comments