[VIDEO] Sayap Garuda Patah direntap Harimau Malaya


Tiupan wisel penamat, menoktahkan kemenangan Malaysia menentang Indonesia di Gelora Bung Karno. Dua kali ketinggalan di babak pertama perlawanan, nyata tidak meruntuhkan semangat juang semangat pemain Harimau Malaya.



Disebalik layanan yang kurang baik penyokong Indonesia terhadap penyokong Malaysia sebelum perlawanan dengan balingan batu ketika diluar stadium. Penyokong Malaysia tetap bersama menjadi pemain ke 12 untuk terus utuh memberi sokongan sekaligus menjadi saksi detik keramat malaysia bangkit 3 kali dalam perlawanan ini untuk menang 3-2.


Indonesia bermula baik terlebih dahulu membuat asakan dan percubaan sehingga berjaya mendahului pada minit ke 12 dari pemain naturalisasi mereka Alberto Goncalves. Malaysia cuba mengimbangi perlawanan dengan asakan balas namun tidak membuahkan hasil sebelum kemasukan Mohamadou Sumareh. Padam minit ke 36, jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe membuat perubahan drastik dengan mengeluarkan Hadin Azman dan mengantikan dengan Mohamadou Sumareh. 


Masuk sebagai pemain gantian Sumareh tidak menunggu lama, sentuhan kedua beliau berjaya menghasilkan gol pernyamaan buat Malaysia. Kedudukan tidak bertahan lama, selang dua minit kemudian Alberto Goncalves sekali lagi meletakkan namanya sebagai penjaring untuk memberikan kelebihan kepada Indonesia hingga tamat babak pertama perlawanan. 

Bersambung babak kedua Malaysia tidak lagi menoleh kebelakang serangan dan asakkan bertali arus membuatkan pasukan tuan rumah cemas dengan sentiasa berkampung ditempat sendiri. Usaha pemain Malaysia berhasil menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke 66. 

PERLAWANAN TERHENTI, PROVOKASI PENYOKONG TUAN RUMAH



Perlawanan terhenti hampir 6 minit ekoran tidakan liar dan provokasi penyokong tuan rumah. Bersambung semula, Malaysia terus fokus dengan asakan dan hasilnya di penghujung perlawanan Mohamadou Sumareh mengulangi sentuhan pemusnahnya dengan jaringan pada minit ke 97 sekaligus merentap ego dan impian Indonesia untuk memperoleh 3 mata dilamn sendiri. 


Tahniah Harimau Malaya, Kesemua pemain, pegawai dan penyokong di Stadium. Anda wira kami. Sama sama kita doakan semoga semua wira kita selamat pulang ke tanah air.

LAGI VIDEO KE KEKECOHAN SELEPAS PERLAWANAN.

Post a Comment

0 Comments