[VIDEO] Pegawai Pasukan JDT terima durian runtuh, dapat hadiah iPhone 11 Pro


Apple dengan model terbaru mereka iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada 27 September 2019. Kehangatan iPhone menjadi buah mulut dikalangan semua peminatnya dan menanti tarikh tersebut bagi membolehkan mereka membeli serta memiliki model terbaru iPhone.


Kelab bolasepak paling berjaya di Malaysia ketika ini, Johor Darul Takzim tidak terkecuali dengan sambutan hangat tersebut. Apa yang lebih istemewa adalah Tengku Mahkota Johor,  menghadiahkan semua pemain dan pegawai pasukan dengan iPhone 11 Pro.

Menerusi satu update di laman Facebook Johor Darul Takzim, pegawai gembira mengambil iPhone berkenaan sambil mengucapkan terima kasih pada Tengku Mahkota Johor.

Syoknya dapat boss macam TMJ!

Post a Comment

0 Comments