[VIDEO] Liverpool kekalkan momentum kemenangan liga 100%

Super Sunday menjanjikan aksi menarik, sengit dan mendebarkan. Minggu ini perlawanan tumpuan membabitkan pasukan Juara Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, Liverpool menentang Chelsea di Stamford Bridge. Pada awal musim kedua-dua pasukan ini telah bertemu dalam merebut Supercup, dan perlawan tersebut telah berpihak kepada Liverpool.
Turun sebagai pendahu liga, Liverpool dilihat agak bergelut untuk merancang serangan keatas pasukan tuan rumah diawal perlawanan. Beberapa hantaran kerap dipatahkan pemain Chelsea. Anak buah Jurgen Klopp segera memperbaiki permainan mereka sehinggalah pada minit ke 14 Liverpool berjaya mendahului hasil umpanan Mo Salah kepada Arnold untuk meledak gol pertama.
Credit: AP
Chelsea hampir menyamakan kedudukan mini ke 27 menerusi kapten mereka Azpilicueta, namun jaringan berkenaan dibatalkan kerana offside terlebih dahulu. Selang 3 minit kemudian Roberto Firmino menggandakan jaringan untuk meletakkan Liverpool selesa hingga tamat separuh masa pertama. 


Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images
Bersambung babak kedua, Chelsea lebih mendominasi perlawanan dengan asakan demi asakan untuk menjaringkan gol. Usaha mereka berhasil apabila pemain tengah lincah mereka N’Golo Kante berjaya memperdaya beberapa pemain Liverpool sebelum tenang membuat rembatan kencang luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Usaha mereka berterusan, namun tiada tambahan jaringan berjaya dilalukan. Kedudukan kekal Chelsea 1 – 2 Liverpool hingga tamat pelawanan. 


VIDEO PERLAWANAN

Post a Comment

0 Comments