[VIDEO] Kanak-Kanak Berumur Setahun Tiba-Tiba Ditendang Lelaki Di Pusat Beli-Belah


Sudah menjadi lumrah, tanggungjawab orang dewasa adalah untuk melindungi dan mengawasi kanak-kanak terutamanya ketika berada di luar rumah. Tetapi, lain pula ceritanya apabila seorang kanak-kanak dibawah pengawasan neneknya telah ditendang secara tiba-tiba oleh lelaki yang tidak dikenali mereka.
Menerusi Daily Mail, seorang lelaki asing didakwa telah menendang kanak-kanak perempuan berumur setahun di salah sebuah pusat membeli belah di Shenzen, China.

Ditendang hingga tersembam


Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang berjalan bersama neneknya sebelum kaki kanak-kanak itu ditendang oleh lelaki yang tidak dikenali.
Kejadian ini sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ianya viral di media sosial. Video berdurasi 0:13 saat ini mendapat tontonan sebanyak lima juta oleh warganet sejak dimuat naikkan.
Dalam rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat berjalan ke arah mangsa yang sedang berdiri di sebalik tiang pusat membeli belah sebelum dia diserang dan ditendang hingga tersembam di atas lantai.

Diancam oleh suspek

Nenek mangsa yang melihat situasi tersebut cuba berhadapan dengan lelaki tersebut tetapi suspek mengancamnya dengan keganasan kemudian terus beredar dari tempat kejadian.
Wanita itu kemudian memeriksa keadaan cucunya yang mengalami lebam di beberapa bahagian badan tetapi tiada kecederaan yang serius.
Pihak polis mendedahkan bahawa identiti suspek sudah dikenal pasti namun penahanan masih belum dibuat.
Rata-rata warganet menyatakan kemarahan mereka terhadap tindakan kejam itu dan berharap agar hukuman berat dikenakan ke atas suspek.

Post a Comment

0 Comments