[Video] Isteri Mengidam Nak Bawa Grab, Bukan Main Happy Lagi Dia!


Sebilangan wanita yang sedang hamil akan mempunyai keinginan terhadap sesuatu perkara yang pelik sama ada dari segi makanan, benda ataupun mahu melakukan perkara yang kadang-kala tidak masuk dek akal. Apabila berlaku situasi seperti ini, si suami pastinya akan cuba memenuhi keinginan isteri mereka dengan sebaik mungkin.
Perkongsian yang dibuat pengguna Twitter @haikalmazlan ini mungkin boleh dianggap sebagai lucu dan pelik apabila isterinya mengidam untuk melakukan perkara yang sungguh diluar jangkaan.

Mengidam nak bawa Grab

Hai laa isteri.. Org mengandung ngidam nk makan sedap2.. Ko ngidam nk bawak grab dah knp πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ layan kan je laa.. Egt satu order je!!! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ @zlfhnzulkifli

23.9K people are talking about this
Menurut lelaki yang bernama Haikal ini, isterinya yang sedang hamil itu mengidam untuk membuat perkhidmatan Grab Food berbanding meminta makanan seperti wanita hamil lain.
Bagaimanapun bagi memenuhi keinginan insan kesayangannya itu, Haikal mengizinkan isterinya untuk melakukan perkara tersebut sambil mengekorinya rapat dari belakang.

Risau

Menerusi ruangan komen, Haikal mengakui turut berasa risau ketika melihat isterinya membawa Grab Food.
Bahkan dia juga turut berharap agar isterinya tidak mengidam untuk melakukan perkara yang sama selepas ini.

Netizen kongsi pengalaman

Perkongsian Haikal itu mendapat perhatian netizen dan telah memperoleh lebih dari 18k rt.
Rata-rata netizen kemudiannya turut berkongsikan pengalaman mereka tentang perkara itu, malah tidak kurang juga ada yang memberikan komen lucu di atas perkara tersebut.

Post a Comment

0 Comments