[VIDEO] City Terkulai Layu penangan Pukki

Photo: 90Min

Juara liga perdana inggeris musim, Manchester City lalu tewas mengejut ditangan pendatang baru liga, Norwich City. Bermain selaku tuan rumah, Norwich bermula garang dengan pemain sensasi mereka Pukki terlebih dahulu menguji gawang pelawat.

Hasilnya Norwich City berjaya mendahului 2 gol awal dalam tempoh 30 minit pertama pelawanan hasil jaringan McLean dan Cantwell masing-masing pada minit ke 18' dan ke 28'. Anak buah Pep Guardiola cuba bangkit di penghujung babak pertama menerusi percubaan Sergio Aguero dan ianya berhasil merapatkan kedudukan. 

Tersentak dengan gol tersebut Norwich City tidak menunggu lama pada separuh masa kedua. Teemu Pukki sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan menjaringkan gol pada minit ke 50' untuk meletakkan Norwich kembali selesa dengan mendahului 2 gol. 

2 minit sebelum tamat pelawanan. Rodrigo berjaya merapatkan kedukan 3-2. Usaha mereka untuk sekurang-kurangnya seri tidak membuahkan hasil. Tamat perlawana Norwich City 3 - 2 Manchester City.


Post a Comment

0 Comments