‘Tunggu Abah Di Pintu Syurga’ – Bapa Kongsi Detik Terakhir Sebelum Anak 3 Bulan Meninggal Dunia

Pilunya hati kami mendengar perkongsian ini, seorang lelaki dikenali sebagai Hafizi Bullet kongsi detik terakhir dia bersama anaknya yang baru berusia 3 bulan. Pada pagi itu dia menghantar anak ke rumah pengasuh dengan menaiki motosikal buat pertama kalinya.
Namun siapa sangka rupanya itu petanda terakhir apabila secara tiba-tiba dia mendapat panggilan mengatakan anaknya tidak sedarkan diri di rumah pengasuh. Allahu sebaknya!

Hantar adik ke pengasuh naik motor

Dua hari sebelum adik ”pergi” abah anta adik kat rumah pengasuh naik motor. Abah tak pernah terfikir pun nak buat macam tu sebab bawak beg adik lagi dengan mama lagi. Tiga beranak kita naik motor pagi tu. Mungkin adik nak merasa naik motor dengan abah agaknya.


Itulah kali pertama dan kali terakhir adik naik motor dengan abah padahal selama ni abah anta adik gi rumah pengasuh mesti naik kereta. Sehari sebelum adik pergi pun adik baik sangat.Biasa lepas magrib abah amek adik dengan kakak Aira kat rumah pengasuh sementara tunggu mama balik keje pukul 10 malam.

Tido malam tak meragam

Sepanjang pukul 8 malam sampai pukul 10 malam tu adik baik je tido kat rumah. Biasa adik ni payah nak tido sendiri mesti nak kena riba nak kena dodoi baru senang nak tido. Tapi malam tu adik baik je tido sampai kita sama2 keluar rumah g amek mama balik keje pukul 10 malam. Sepanjang malam tu pun adik baik sangat tak da meragam pun macam sebelum ni.


Biasa kalau malam 2 jam sekali adik mesti bangun menangis nak mama buatkan susu or tukarkan pampers. Sampailah pagi besok adik bangun mama mandikan sebelum mama nak gi keje nak hantar adik kat rumah pengasuh. Adik dah siap mandi mama letak adik kat sebelah abah. Adik menangis kacau abah tengah sedap tido..Macam biasalah adik nak abah riba nak manja-manja kena dodoi.

Kali terakhir sempat cium geram

Kebetulan malam tu abah dengan mama tido dengan adik kat ruang tamu. Biasa abah dengan kakak Aira tido dalam bilik mama dengan adik tido kat ruang tamu..Tak sangka malam tu adalah malam ”terakhir” abah tido dekat dengan adik. Mama dah siap mandi semua nak gi keje nak anta adik kat rumah pengasuh abah sempat cium adik banyak kali sebab geram tengok adik dah hensem wangi-wangi pakai baju dengan seluar. Allahu Akbar!!! Itulah ciuman ”terakhir” abah pada adik masa adik ada lagi.


Petang tu abah kat tempat keje mama call cakap adik tak sedarkan diri kat rumah pengasuh. Mama bawak adik gi Hospital Sultan Aminah. Abah datang hospital doktor cakap adik dah nazak. Allahu Akbar!!! Padahal pagi tadi adik elok je tak da sakit apa2. Doktor bagi cpr kat adik 30 minit tak da respon. Abah mintak doktor buat cpr lagi sampai 45 minit tapi adik dah tak nak bangun.

Redha dengan pemergian adik

Pada masa tulah abah dah tau yang adik dah tak da. Pukul 6 petang hari khamis adik lahir pukul 6 petang hari khamis jugaklah adik pergi dan lebih kurang pukul 6 petang jugaklah adik selamat dikebumikan semalam. Innalillah,dari Allah adik datang kepada Allah jugak adik kembali. Indah betul Allah dah susun perjalanan hidup adik.
Abah,mama dengan kakak Aira redha dengan pemergian adik. Terima kasih Fil Danial kerana sudi hadir dalam hidup abah, mama dengan kakak Aira. Abah takkan lupakan semua kenangan yang telah kita lalui bersama sepanjang 3 bulan 6 hari ni. Susah, senang, suka, duka kita harungi sekeluarga biar kita je yang tahu. Abah minta maaf sebab tak dapat nak bagi adik macam-macam seperti anak orang lain.

Sunyi sangat-sangat

Abah minta maaf sebab abah tak banyak luangkan masa untuk jaga adik. Andai dapat putarkan waktu abah nak sama dengan adik macam mana abah jaga kakak Aira masa kecik. Tapi semua dah terlambat sebab adik pergi dulu tinggalkan abah. Allahu Akbar!!! Abah minta maaf banyak2 kat adik. Sunyi rumah lepas ni tak da lagi dengar suara adik menangis.
Tangisan adik tiap pagi,petang dan malam tu pasti abah akan rindu. Mak tok cakap abah kena kuat demi adik. Abah tak boleh sedih2 nanti adik sakit kat sana. Abah tau adik cuma pinjaman dari Allah. Adik bukan hak milik abah selamanya. Abah relakan adik pergi walaupun hati ni berat sangat nak terima yang adik dah tak da lagi. Abah doakan supaya adik tenang kat sana.

Tunggu abah di pintu syurga

Abah doakan supaya roh adik ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Abah doakan supaya adik ditempatkan bersama ahli2 syurga firdausi..Amin,amin,amin mudah mudahan. Damailah kau di sana wahai anak syurgaku Fil Danial Bin Mohd Izham Hafizi. Inshaa Allah, nanti adik tunggu abah,mama dengan kakak Aira kat pintu syurga tau.
P.S:Nak ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga,saudara mara,sahabat handai, warga Ipd Tampoi, warga Ipd Skudai dan warga Hospital Sultan Aminah serta semua yang telah membantu dan memudahkan segala urusan kami sekeluarga dari kelmarin. Terima kasih jugak pada semua yang tak putus2 mendoakan dan memberi kata2 semangat kepada kami sekeluarga. Semoga Allah membalas jasa budi baik kalian semua.
#FilDanial
#HeroAbah
#AnakSyurga
#DalamKenangan
#130619To190919
Sumber : Hafizi Bullet

Post a Comment

0 Comments