"Takut Cicak" - Alasan lelaki ini untuk tidur dibilik dua rakan wanitanya


LELAKI berusia 20-an memberi alasan takutkan cicak untuk menumpang tidur di bilik yang disewa dua rakan wanitanya di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut, Jumaat lalu.
Mereka bagaimanapun ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sempena operasi cegah maksiat pada 3.30 pagi Jumaat lalu.

Dalam serbuan itu, seorang daripada wanita berkenaan berstatus isteri orang.
Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, ketika diserbu, tiga individu yang bukan muhrim tidur dalam satu bilik.
“Siasatan mendapati lelaki berusia 20-an itu menyewa bilik lain namun, membiarkannya kosong dan tidur di bilik dua rakan perempuannya yang terletak bersebelahan.
“Dalam soal siasat, lelaki itu beri alasan tak masuk akal kononnya terpaksa menumpang tidur bilik dua wanita itu kerana takutkan cicak besar dalam biliknya.

“Mereka ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Nik Zuhaiza berkata, pihaknya turut menahan sepasang kekasih yang turut menginap di sebuah chalet.
Katanya, soal siasat dijalankan, lelaki berusia 40-an mendakwa tertidur di bilik teman wanitanya berusia 20-an selepas mengambil barang di situ.
“Semua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana khalwat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments