‘Takut Allah Marah Kalau Kita Fokus Terlalu Banyak Kepada Dunia’ – Mira Filzah


Umum mengetahui semalam, pelakon kesayangan ramai Mira Filzah berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) kali ke-32 apabila meraih lebih daripada 6.3 juta undi. Dengan kemenangan itu, beliau telah membawa pulang sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid yang bernilai RM160,000.
Susulan itu, Mira Filzah menerusi Instagram memuat naik sebuah posting sebagai penghargaan kepada mereka yang telah membantu sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

Terima kasih mak, abah

Dalam ucapan itu, sudah pasti Mira Filzah memberikan penghargaan utama buat keluarga khususnya kedua ibu bapanya yang telah menjadi penasihat dan penyokong nombor satu meskipun pada awalnya mereka agak keberatan.
Katanya disebabkan rasa berat hati kedua ibu bapanya itulah yang membuatkan wanita itu lebih bekerja keras dalam bidang yang diceburi.

Pesanan mengharukan buat peminat

Selain itu, Mira Filzah turut memberikan penghargaan buat peminat-peminatnya yang tidak henti memberikan sokongan padu terhadap dirinya sehingga berjaya merangkul anugerah tersebut.
Tanpa memberikan ucapan kosong, aktres jelita itu sempat menitipkan pesanan buat peminatnya agar saling mengingati dan mengimbangkan urusan dunia dan akhirat.
Tiada apa yang kekal dalam dunia ni, akhirat juga yang kekal. And I wanna see you guys as well, bukan sahaja di dunia tapi di akhirat juga.

Rakan artis ucap tahniah

Menjengah ke ruangan komen, ramai daripada rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan pelakon dan pengacara itu.
Antaranya termasuklah Elfira Loy, Bella Delly, Nelydia Senrose, Fizo Omar, Fazura dan ramai lagi.

Post a Comment

0 Comments