"Tak Apalah, Akak dibebaskan" - Terdesak untuk makan, wanita tiga anak terpaksa mencuri.


WANITA ditahan kerana mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar raya di Seri Iskandar, semalam dibebaskan tanpa syarat hari ini.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan tiada pertuduhan dibuat terhadap wanita terbabit.
Menurutnya, pihaknya sudah menghantar kertas siasatan yang lengkap kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita berkenan.
“Disahkan (wanita yang ditahan kerana mencuri) tidak dituduh selepas kertas siasatan lengkap kita majukan pagi ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Wanita berkenaan akan dibebaskan tanpa syarat hari ini,” katanya yang memaklumkan kes berkenaan sudah selesai.
Harian Metro hari ini melaporkan wanita berusia 31 tahun yang dikatakan sedang dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak kecil itu diberkas pengawal keselamatan pasar raya terbabit bersama barangan yang dicuri dianggarkan bernilai RM80.
Barudin dilaporkan berkata, tangkapan awal dilakukan pihak pengawal keselamatan pasar raya sebelum wanita terbabit diserahkan kepada polis, semalam.

Tiada Rekod Jenayah Lampau, Asnaf Yang Daif

WANITA dipercayai asnaf ditahan kerana mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar raya di Seri Iskandar, semalam.
Wanita berusia 31 tahun yang dikatakan sedang dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak kecil itu diberkas pengawal keselamatan pasar raya terbabit bersama barangan yang dicuri dianggarkan bernilai RM80.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, tangkapan awal dilakukan pihak pengawal keselamatan pasar raya sebelum wanita terbabit diserahkan kepada polis.
“Barang curi yang ditemui dan dirampas semula adalah satu bungkusan pek isian semula krim mandian, satu bekas serbuk lada hitam, krim muka, dua bungkus ayam BBQ dan satu paket kiub tulang ayam.
“Pemeriksaan mendapati wanita terbabit tiada rekod jenayah lampau serta dalam proses perceraian bersama suami yang berusia 35 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, siasatan sudah dijalankan dan tangkapan akan tuduh di Mahkamah Majistret Parit hari ini mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
“Difahamkan sudah banyak kali kejadian seumpama ini (kecurian) berlaku di pasar raya berkenaan.
“Hari ni pun saya sudah arahkan anggota saya ke rumah wanita terbabit untuk buat lawatan atas dasar kebajikan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments