Sultan Ismail Petra mangkat


KOTA BHARU 28 sept. - Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempaun Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi ini.


Menurut laman facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.

“Dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan,” katanya dalam hantaran yang dibuat kira-kira pukul 9 pagi ini.
Pengumuman rasmi kemangkatan baginda dijangka dibuat dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments