‘Sudah Jangan Nangis, Tak Apa Uncle Belanja.. Janji U Study Betul-Betul’


Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti semestinya memerlukan mereka untuk berjimat-cermat bagi memastikan wang yang ada cukup untuk menampung pembelajaran. Wang bernilai sekecil RM1 pun menjadi sangat berharga buat mereka bahkan mungkin ada yang akan menjadi kalut dan sedih ketika kehilangan wang lebih-lebih ketika sedang sesak.
Perkongsian pengguna Twitter @niniekamarudinn ini pastinya akan mengharukan netizen apabila dia dipertemukan dengan seorang individu yang sangat mulia ketika sedang mengalami masalah wang akibat daripada insiden yang tidak terduga.

Jumpa orang baik

"Jangan risau. Takpayah bayar, jangan nangis. Benda sudah jadi, apa mau buat. Takpayah bayar, uncle belanja."
.
2nd week in UiTM Shah Alam. Many negative and scary story I heard, but till now alhamdulillah I only meet kind people.
View image on Twitter
10.2K people are talking about this
Memulakan perkongsiannya itu, pelajar tersebut mengimbas semula kata-kata yang diungkapkan dari seorang pemandu perkhidmatan MyCar kepadanya ketika berdepan dengan situasi cemas.

Bawa duit ikut bajet

Menceritakan tentang situasi itu, Ninie berkata dia telah pergi ke sebuah pasar raya secara berseorangan dengan membawa wang mengikut bajet yang ditetapkan oleh dirinya.

Allah nak uji

Bagaimanapun kekalutan bermula apabila dia kehilangan wang sebanyak RM50 di dalam pasar raya tersebut. Menurutnya, wang itu merupakan sumber untuk dirinya bertahan di universiti kerana enggan meminta daripada kedua ibu bapanya.
Namun katanya, dia bernasib baik kerana berjaya mendapatkan bantuan daripada dua rakannya selepas insiden itu berlaku.

Kenapa muka merah?

Pelajar itu kemudiannya berkata dia menempah perkhidmatan My Car yang berharga RM12.90 untuk kembali ke kampusnya. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang Uncle Cina menegur dirinya yang kelihatan seperti baru lepas menangis.
Sebaik sahaja ditegur, dia lantas menceritakan kejadian yang baru menimpanya sebelum itu. Tanpa diduga, Uncle tersebut terus memberikan perkhidmatan secara percuma kepada pelajar itu selepas mendengar ceritanya.

Siap bungkuskan makanan

Apa yang lebih mengharukan, sebelum sampai ke destinasi, Uncle yang bernama Yew Ah Tat itu sempat singgah di sebuah gerai untuk membungkuskan makanan buat pelajar tersebut.

Masih ramai orang baik di Malaysia

Katanya, perkongsiannya itu bukan untuk menceritakan masalah wang yang dihadapinya, namun untuk menyedarkan orang ramai bahawa masih ramai orang yang mempunyai sifat yang baik di dalam negara ini.

Post a Comment

0 Comments